KUALA LUMPUR: Malam ini buat pertama kalinya seorang ibu akan terpisah daripada tiga anak lelakinya. 

Setiap saat indah bersama anak-anak akan menjadi sumber kekuatan Emilia Hanafi, 43, yang bakal terkurung dalam tirai besi di Penjara Wanita Kajang (PWK).

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

Bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin itu akan terpisah daripada semua perkembangan dunia, tiada telefon, tiada suara anak-anak memanggil namanya atau mencium dahinya, ia ibarat ‘kiamat’ bagi dirinya.

Kata orang penjara adalah syurga bagi mukmin kerana di sini manusia yang ‘terpilih’ sahaja akan menjalani ujian sebegini, hanya ada Tuhan sahaja tempat pergantungan sepenuhnya.

Segalanya sudah tertulis, walaupun perjuangannya membela diri dan anak-anaknya turun naik mahkamah syariah dan sivil sejak tujuh tahun lalu tidak pernah terhenti.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

Emilia hari ini menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi menjalani hukuman penjara hanya kerana menukar tarikh lawatan bekas suami dan anak mereka.

Ibu tunggal dengan tiga anak itu berpakaian serba putih diiringi bersama peguam Siti Kassim, Pegawai Khas Komunikasi Kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi dan Sisters in Islam dan keluarganya pada jam 9.45 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah KL.

Beliau berkata, penyerahan diri berkenaan adalah sebagai protes yang dirasainya sebagai tidak adil.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

“Saya lakukan ini bagi membolehkan kes-kes sivil keganasan rumah tangga bekas suami tidak terjejas hanya kerana saya bimbang jika tiba di Mahkamah Sivil akan menyebabkan saya ditangkap dan dipenjarakan Syariah.

“Jadi saya harap selepas penjara tujuh hari ini, saya boleh hadir sebagai pengadu utama kes keganasan rumah tangga,” katanya di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Permohonan semakan kehakiman yang difailkan Emilia bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya telah ditolak.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman itu terhadap Emilia kerana mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 2015, terdapat 77 kes telah difailkan di semua mahkamah, termasuk kes jenayah, kes sivil dan kes syariah, ini termasuk 60 kes di mahkamah syariah, termasuk tindakan komital.

Perjuangan Emilia belum tamat, hari ini Emilia berjalan tenang menerima takdir hidupnya, kesalahan dirinya hanyalah kerana tidak mempunyai wang yang banyak untuk menggunakan sepenuh peluang yang ada di mahkamah.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

“Moga Tuhan Yang Esa berikan saya kekuatan, kemenangan dari sisiNya.

“Saya yakin hikmah dari ujian ini untuk semua buka mata bahawa sistem Syariah negara ini perlu ada prinsip kemanusiaan, moga-moga selepas kes saya ini tiada lagi ibu yang terpisah daripada anak-anak mereka kerana dipenjarakan atas alasan yang tidak munasabah.

“Tujuh tahun saya berjuang bukan sahaja membela diri dan mencari keadilan untuk saya tetapi juga untuk wanita di luar yang tidak dapat bersuara di Malaysia tertindas teraniaya hanya kerana sistem kita masih ‘buta’,” katanya sebelum dibawa ke PWK.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

Author