HomeBeritaTerima kasih Shahidan selesai segera isu 30 ekor lembu korban

Terima kasih Shahidan selesai segera isu 30 ekor lembu korban

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyelesaikan segera isu 30 ekor lembu korban yang nyaris dirampas.

Pemimpin yang terkenal dengan gelaran ‘man in action’ itu bertindak demikian kurang 24 jam selepas berlaku kekecohan antara pemilik tanah penempatan lembu apabila seekor lembu dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu.

Wartawan MEDIA VARIASI dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menjadi pengantara dua pihak berkenaan membawa isu ini terus kepada Shahidan dan akhirnya ia diselesaikan secara baik.

Turut difahamkan, lembu berkenaan akan diganti semula.

Pihak DBKL berbincang dengan pemilik tanah bersama penduduk yang terlibat dalam penempatan lembu korban di tanah persendirian di Kampung Selayang Lama.

Pegawai Tugas-Tugas Khas 2 kepada Shahidan, Datuk Ramlan Askolani meluahkan rasa gembira isu ini diselesaikan dengan baik dan harap tempat berkenaan (penempatan lembu) akan dimanfaatkan sebaiknya.

“Tahniah dah selesai isu lembu ini dapat diteruskan dan harap semua dapat manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Khas Komunikasi Kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi turut mengucapkan terima kasih kepada Shahidan yang pantas membuat keputusan.

“Terima kasih Shahidan campur tangan segera dalam isu ini, pertemuan beberapa jam petang tadi menyelesaikan isu ini secara ‘menang-menang’.

“Shahidan seorang menteri yang sentiasa memihak kepada rakyat, terima kasih kerana sudi mendengar.

“Syukur tiada lembu akan dirampas dan pemilik tanah boleh teruskan operasi,” katanya.

MEDIA VARIASI pada Rabu melaporkan 30 ekor lembu nyaris dirampas DBKL di Kampung Selayang dipercayai berikutan aduan awam berkenaan lembu-lembu itu dibawa ke lokasi tersebut.

Kesemua 30 ekor lembu yang sebelum ini ditambat merata tempat kini dibawa ke tanah persendirian yang tertutup selepas pemilik tanah bersetuju menyediakan tempatnya.

Pemilik tanah yang dikenali sebagai Muhammad, berkata sewajarnya DBKL berterima kasih kepadanya kerana menyelesaikan isu penempatan lembu korban yang sebelum ini ditambat di merata tempat yang berlarutan selama puluhan tahun, namun terkejut apabila serbuan dibuat ke lokasinya dan seekor lembu dirampas.

Beliau bertanggungjawab menjaga lembu-lembu itu di bawah amanah pemilik lembu untuk dijadikan korban pada hari raya Aidiladha nanti.

Berita berkaitan: 30 ekor lembu nyaris ‘terkorban’, DBKL rampas seekor

Author

Pilihan Editor