HomeBerita30 kes aduan salah guna kepakaran estetik, dorong MTPN Selangor anjur forum

30 kes aduan salah guna kepakaran estetik, dorong MTPN Selangor anjur forum

CYBERJAYA: Lebih 30 kes aduan membabitkan penyalahgunaan kepakaran estetik diterima antara pendorong penganjuran Forum & Dialog Perubatan, Kecantikan dan Kesihatan di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, baru-baru ini.

Timbalan Yang DiPertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor, Gilbert Pang Jiun Tatt, berkata pihaknya sangat berharap dengan penganjuran seperti itu mencapai objektif untuk memberi didikan dan kefahaman kepada peserta mengenai kepentingan mendapatkan khidmat pengamal perubatan berlesen dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) serta MDA.

Katanya, kebanyakan usahawan kecantikan dan pakar kecantikan atau ‘beautician’ terlalu memfokuskan kepada perniagaan bidang itu namun kurang menekankan kepentingan dan keperluan pemilikan lesen sah KKM atau NPRA.

“Kita dapat banyak aduan berkaitan industri kecantikan, perubatan, dan kesihatan. Bagaimanapun, kami mendapati kebanyakan usahawan dalam bidang ini tidak faham mengenai NPRA atau MDA.

“Mereka malah tidak tahu dimana perlu mendapatkan lesen ini. Ini sebab kami anjurkan forum menjemput penggiat industri ini untuk sertai dapatkan lebih pengetahuan,” katanya kepada MEDIA VARIASI pada forum anjuran MPTN Selangor, berkenaan.

Gilbert malah menyarankan untuk usahawan mendapatkan segera lesen sedemikian berikutan ia tidak sukar diperoleh sekiranya mereka benar-benar memenuhi tuntutan yang diperlukan.

“Asalkan mereka memenuhi ketetapan, tak susah pun nak ambil lesen ini, cuma mereka terlalu fokus untuk berniaga sehingga tidak menyedari perlu mengikut arahan ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau turut menekankan Surat Tauliah dan Keistimewaan (LCP) di bawah Kementerian Kesihatan kerana ramai lagi yang tidak tahu kepentingan memiliki lesen berkenaan sebenarnya memudahkan pengamal perubatan dan pengguna menjalani prosedur rawatan lebih selamat.

“Kita harap lebih banyak lagi forum seperti ini diadakan, lebih penting sebenarnya LCP dan NPRA. Tolong buat permohonan jika menjalani prosedur farmaseutikal, kita kena ikut arahan supaya memudahkan rawatan prosedur,” katanya.

Author

Pilihan Editor