HomeHiburanBeby Acha tak suka lelaki kacak, ada 15 calon dalam saringan

Beby Acha tak suka lelaki kacak, ada 15 calon dalam saringan

KUALA LUMPUR: Artis baharu, Beby Acha memberitahu pilihan hatinya bukanlah seorang lelaki kacak atau berkulit putih.

Beby hanya mahukan seorang lelaki bertanggungjawab yang tahu apa perlu dilakukan untuk membahagiakan dirinya.

“Saya tak suka lelaki kulit putih, kacak, hanya cukup sedap mata memandang.

“Tetapi kita tak boleh cakap macam tu, nanti Allah balikkan yang kita tak nak itu yang dapat.

“Kalau ikut taste saya suka yang kelakar, hitam manis,” katanya ketika ditemu bual MEDIA VARIASI selepas pelancaran Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 yang bakal menemui penonton pada 22 Julai kelak.

Ketika ditanya Beby sudah ada calon, Beby memberitahu sedang mengenali hati budi 15 calon.

“Kita berkawan biar ramai, jangan gelojoh untuk buat pilihan masa depan,” katanya.

Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu sebelum ini tampil menerusi single pertama, mempertaruhkan lagu duet bersama Azzara Band berjudul Jaga-Jaga.

Lagu ciptaan Ejai Aziz dan Kidz yang diterbitkan Harry Khalifah itu dilancarkan pada 6 April lalu.

Video muzik lagu ini sudah mencatat lebih 22 juta tontonan selepas dimuat naik di akaun Youtube MVM Music.

Author

Pilihan Editor