CYBERJAYA: Tiada sesiapa dalam dunia ini mahu mendedahkan sisi gelap dalam hidupnya, apatah lagi dilihat sebagai orang yang ditimpa kesusahan.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
Namun bagi Emilia Hanafi, 44, seorang ibu kepada tiga anak yang sedang berjuang demi keadilan diri dan anak-anaknya kerana bukan mudah berhadapan bekas suami, SM Faisal SM Nasimuddin yang memiliki segala-galanya.
Ibarat mentimun lawannya durian, ke kiri sakit ke kanan sakit, diam bermakna ‘menghalalkan’ segala bentuk penganiayaan dan kezaliman yang telah berlaku selama ini.
Untuk rekod, sejak 2015, terdapat lebih 60 kes yang difailkan oleh bekas suami di tiga mahkamah berbeza membabitkan nama Emilia yang kebanyakkannya beliau sebagai defendan menyebabkan wanita ini terpaksa membela dirinya walau berdepan kekangan kewangan.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
42 kes di Mahkamah Syariah salah satu daripadanya menyebabkan Emilia dihantar ke penjara melalui perintah tujuh hari pemenjaraan kerana menukar ganti tarikh lawatan bekas suami dan anak-anak.
Terbaru kes tuntutan harta sepencarian oleh jutawan perniagaan automotif itu terhadap Emilia dan satu lagi kes komital yang difailkan bekas suami untuk menghantarnya sekali lagi ke penjara.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
Kes-kes lain masih aktif memaksa Emilia tidak mampu untuk bekerja sepenuh masa atau fokus mencari rezeki untuk anak-anak seperti ibu bapa lain.
“Saya terpaksa membela diri apabila kes difailkan oleh si dia, apa pilihan saya ada?
“Untuk setiap kali turun ke mahkamah saya terpaksa bayar kos guaman dan kos mahkamah bukannya murah. Sebagai contoh kos mahkamah yang saya perlu bayar RM1,200 untuk dapatkan dokumen-dokumen prosiding mahkamah.
“Orang ramai mungkin tidak faham mereka bertanya kenapa tidak selesai cara baik?
“Sebenarnya saya terpaksa membela diri, apabila ada suatu pendakwaan terhadap saya, saya perlu mengeluarkan kos untuk membela diri. Jika menyerah mungkin saya ke penjara lagi.
“Hanya ada menang atau kalah di mahkamah, untuk pembelaan perlu wang yang bukan sedikit ,” katanya ketika ditanya MEDIA VARIASI berhubung usahanya untuk mendapat dana awam.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kita dalam dunia di mana proses keadilan menuntut wang dari empunya diri.
Tanpa duit kita terpaksa mengalah menyerahkan kepada takdir saat nama kita dipijak dek fitnah, ditohmah bermaharajalela.
Terima kasih kerana Emilia jasanya besar telah mengubah sistem keadilan, membuka mata rakyat baru-baru ini majoriti Ahli Parlimen bersetuju kerja komuniti ganti penjara bagi kesalahan kecil dan kesalahan Syariah di bawah tiga tahun penjara seperti menulis di Facebook, mencuri makanan kerana lapar, tidak memakai pelitup muka atau menukar tarikh ganti.
Berita berkaitan: Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis
Ini kerana pemenjaraan bagi kesalahan kecil demikian akan meninggalkan rekod buruk sepanjang hayat dan menjejaskan kebajikan anak-anak, sumber pendapatan keluarga hilang apabila mereka menjadi miskin segera.
Kadang-kadang pengalaman hidup kita boleh mengubah hidup orang lain, jadikan dunia lebih baik.
Jika Emilia putus asa, pastinya beliau tidak mampu bantu sesiapa termasuk dirinya
Orang ramai yang sudi untuk menyumbang boleh berbuat demkian di akaun peribadi miliknya Emilia Hanafi, Maybank 564276803569.