HomeGaya HidupKayuhan Mesra Keluarga Malaysia terapi warga Lembah Pantai

Kayuhan Mesra Keluarga Malaysia terapi warga Lembah Pantai

LEMBAH PANTAI: Perubahan gaya hidup drastik boleh dilihat sejak kelonggaran penguatkuasaan terhadap aktiviti riadah dan sosial masyarakat selepas pandemik.

Kesedaran orang ramai untuk mendapat kesihatan tubuh badan meningkat kerana mereka tahu jika imunisasi lemah akan mudah jatuh sakit, sekaligus membantutkan usaha mencari rezeki.

Atas inisiatif itu, Yayasan Generasi Malaysia menganjurkan Kayuhan Mesra Keluarga Malaysia dengan penyertaan 500 orang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani, aktiviti  berbasikal lebih baik diadakan secara tetap seminggu sekali.

“Dengan bantuan daripada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perkara ini boleh dijadikan aktiviti tetap.

“Saya bekas atlet, pemain bola sepak negara dan Pengerusi Majlis Sukan Wilayah, SUKMA Kuala Lumpur saya alu-alukan aktiviti basikal kerana ia sihat.

“Walaupun berumur, masih kekal sihat dengan bersenam, berbasikal, berjalan kaki semua ini menyumbang kepada gaya hidup sihat,” katanya pada sidang media selepas flagoff Kayuhan Mesra Keluarga Malaysia Ekopark@Lembah Pantai di sini pada Ahad.

Flagoff disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium, Narendran Maniam dan Penaung Yayasan Generasi Malaysia Datuk Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz.

Selain warga Lembah Pantai, penyertaan turut membabitkan komuniti berbasikal luar Kuala Lumpur dan Orang Kurang Upaya.

Dalam pada itu, Ramlan yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas II Menteri Wilayah Persekutuan turut menasihatkan orang ramai agar menjaga dan memelihara pusat riadah dengan baik.

“DBKL perlu pantau kawasan yang diwartakan sebagai tempat sukan.

“Tiada makna jika ada fasiliti tetapi tidak dimanfaat oleh komuniti setempat, kena ada kerjasama Kementerian Belia Sukan bagi galakkan rakyat bersukan,” katanya.

Author

Pilihan Editor