DALAM kita ghairah dengan semangat kebangkitan Melayu dalam filem Mat Kilau bersilat sana sini, tapi kita lupa nak berjuang memperbetulkan semula sistem kita yang sudah rosak dek penjajah.
Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi
Ramai lupa Raja Melayu dahulu pernah mewujudkan Mahkamah Kadi di Tanah Melayu.
Ini analisis kewartawanan penulis, hikmah di sebalik kes Emilia Hanafi ini, dalam kita nak menjaga perundangan beragama Syariah, terdapat hukuman penjara yang tiada disebut dalam al-Quran.
Seharusnya masyarakat bangun bersama alim ulama memohon Raja-raja Melayu memperbetulkan Mahkamah Syariah (asalnya Mahkamah Kadi) supaya kembali kepada prinsip Islam sebenar.
Memetik kata-kata Peguam Rakyat yang juga bekas peguam Syarie pertama di Malaysia, Tan Sri Prof Dr (Munsyi) Muslim Yacob, syariah mengikut Al Quran ada prinsip demokratik, kemanusiaan, memberi tauladan, melindungi aib mereka yang melampaui batas agar balik semula kepada prinsip Islam.
Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi
Syariah zaman Nabi menekankan aspek berbincang secara adil, orang ramai dibenarkan beri pandangan, tiada campur tangan kuasa dan politik, hakim lebih memilih memaafkan jika ada pengakuan salah bukannya menghantar pesalah itu ke penjara.
Keadilan Syariah telah lama wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan British, Raja-raja Melayu telahpun menubuhkan Mahkamah Kadi.
Mahkamah paling awal di Tanah Melayu ialah Mahkamah Kadi bukanlah Mahkamah Sivil dan sebagainya.
Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi
Dengan kedatangan penjajah dan British ke Tanah Melayu secara halus mereka merosakkan sistem dengan memperkenalkan hukuman sivil seperti penjara dan denda kepada pesalah Syariah.
Penjara dan denda yang tiada dalam al-Quran dan melampaui batas agama sehingga ada yang teraniaya dan tertindas.
Pada 1965, Akta Undang-Undang Mahkamah Untuk Orang Islam (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sudah diluluskan, yang mana hukuman maksimum yang boleh dilaksanakan adalah denda RM1,000, enam bulan penjara atau kedua-duanya. Pada masa ini peruntukan untuk hukuman sebat tidak ada.
Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi
Akta ini kemudian, dipinda pada 1984 dan juga diberi nama baharu, iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355. Kuasa untuk menghukum pesalah jenayah syariah juga sudah dinaik taraf kepada denda RM5,000, hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun dan juga sebatan yang tidak melebihi enam sebatan. Akta ini hanya mengandungi tiga seksyen iaitu tajuk dan pemakaian, bidang kuasa dan pengesahan.
Batu Bersurat Terengganu bukanlah bongkah batu kisah dongeng sakti dewa dewi, ia adalah catatan hukum negeri.
Sekarang ini ruang untuk memperbetulkan kedaulatan sistem Mahkamah Syariah_Mahkamah Kadi yang asal di bawah Raja-Raja Melayu.
Berita berkaitan: Saya tak malu digelar banduan, saya tak salah – Emilia Hanafi
Seharusnya keadaan sekarang kita harus mengembalikan sistem Syariah mengikut hukum al-Quran.
Kepada masyarakat apabila anda hadapi permasalahan dengan Syariah adakah anda sedar anda mendedahkan diri anda, adik anda, saudara wanita anda seandainya mereka didapati bersalah, mereka juga boleh dijatuhi hukuman penjara biasa di mana mereka dikehendaki berbogel di khalayak banduan, kekangan untuk solat lima waktu kerana hukum Sivil mengurung dan mendera mental sebagai pengajaran.
Lebih malang, ada golongan yang berkata dah buat silap masuk sahajalah penjara itu.
Yang silap sebenarnya hukuman penjara tiada dalam sistem Syariah yang asal mengikut al-Quran.