HomeBeritaPadah sebar video lucah kekasih, remaja maut dibelasah

Padah sebar video lucah kekasih, remaja maut dibelasah

KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang dipercayai merakam dan menyebar video lucah kekasihnya menemui ajal selepas dibelasah bapa kepada kekasih berkenaan.

Mangsa, 18, disahkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai mengalami kecederaan parah pada awal pagi Jumaat.

Kejadian berlaku di sebuah pusat komersial di Jalan Tun Jugah oleh dua individu.

Pemangku Ketua Polis daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, dua suspek telah ditahan reman tujuh hari hingga 5 Ogos ini untuk membantu siasatan.

“Sepasukan polis dari cawangan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 50 tahun.

“Kes dipercayai berpunca daripada kisah percintaan,” katanya dalam kenyataan.

Pihak polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh sebaik sahaja mangsa yang dimasukkan ke hospital dilaporkan meninggal dunia.

“Proses bedah siasatan akan dilakukan 30 Julai (Sabtu) dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Author

Pilihan Editor