KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang profesor sebuah universiti di Sabah yang dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana penyelidikan lebih RM66,000.
Menurut sumber, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada 10 pagi dan dipercayai membuat tunturan palsu itu dariĀ 2014 hingga 2017 ketika bertugas sebagai pengarah institut di universiti berkenaan.
DifahamkanĀ tuntutan dibuat melibatkan dana penyelidikanĀ namun tiada perbelanjaan dikeluarkan untuk penyelidikan.
Pengarah SPRM SabahĀ Datuk S. Karunanithy, ketika dihubungi pemberita, mengesahkan penahanan ituĀ dan memaklumkan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini dalam tempoh terdekat. – BERNAMA