HomeMV+EksklusifSyarikat gergasi, Panasonic 'buru' bekas banduan

Syarikat gergasi, Panasonic ‘buru’ bekas banduan

KAJANG: Jangan terkejut, jenama besar seperti Panasonic memilih tenaga kerja daripada bekas banduan dalam skala besar kerana produktiviti dan kebolehpasaran mereka lebih baik.

Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral, Datuk Nordin Muhamad berkata, sokongan industri terhadap bekas banduan ini meningkat, mereka sanggup mengambil pekerja dalam jumlah ramai di pasaran tenaga buruh.

“Syarikat berkenaan mengambil lebih 1,000 bekas banduan sebagai staf mereka.

“Ketika ini lebih 300 syarikat perusahaan kecil dan sederhana terlibat dalam program pemulihan banduan bagi membolehkan penghuni penjara kepada produktiviti negara.

“Maklum balas daripada mereka, golongan bekas banduan ini lebih sihat, lebih berdaya saing, lebih ‘survive’ dan produktif, antara bukti keberkesanan program pemulihan yang dilaksanakan di penjara,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan disempurnakan olehnya, di Ibu Pejabat Penjara Malaysia Baharu, di sini.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya British ke Malaysia dan tiga pakar dari Her Majesty Prison and Probation Services United Kingdom serta UNODC di Malaysia.

Tambah Nordin, terdapat dua program penempatan kerja bekas banduan iaitu ‘resettlement’ di mana sudah ada majikan yang sanggup menerima mereka sejurus bebas dari penjara.

“Pre release iaitu hukuman masih ada tetapi sudah dikeluarkan dari penjara untuk bekerja dalam masyarakat dengan sokongan bukan sahaja peluang kerja tetapi juga tempat tinggal.

“Program ini penting dalam memberi hala tuju terbaik dan mencegah mereka daripada terjebak semula ke penjara,” katanya.

Author

Pilihan Editor