HomeBeritaAda peluang, Sarawak akan tambah wakil wanita di Parlimen

Ada peluang, Sarawak akan tambah wakil wanita di Parlimen

 

Oleh: ARRIAN ZAYNE

SIMUNJAN: Wakil rakyat wanita memiliki sentimen kebertanggungjawaban terhadap masyarakat yang berbeza berbanding golongan lawan, kata Ahli Prlimen P200 Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Suara golongan hawa kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu lagi perlu juga didengari di dalam Prlimen selain di peringkat negeri.

Jelas Nancy lagi peranan wakil rakyat wanita di dalam Parlimen diakui perlu melihat setiap perkara secara menyeluruh bagi membuat penilaian terbaik seiring memartabatkan golongan hawa.

“Sekarang ini isu-isu berkaitan hak asasi manusia, isu kewarganegaraan, Matlamat Pembangunan Mampan serta perubahan iklim… semua perlu kita tahu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Esplanade Simunjan yang dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam.

Dalam perkembangan sama, Nancy berkata sekiranya diberi peluang, Sarawak dijangka akan menambah wakil wanita di dalam Parlimen.

“Mungkin soalan ini berbunyi ‘bias’ untuk Sarawak namun saya menyokong tindakan penambahan wakil wanita di dalam Parlimen,” katanya.

Hasrat ini kata Nancy memberi ruang kepada wakil rakyat wanita yang ingin mengenegahkan isu yang hanya wanita dapat memperjelaskannya untuk pemahaman semua pihak.

“Namun saya bersyukur kami wakil rakyat wanita dikelilingi wakil rakyat lelaki yang memahami serta sering bekerjasama dalam menyuarakan sebarang pendapat termasuk bidang mensejahterakan golongan wanita.

Terdahulu, Nancy semalam turut menyaksikan Premier Sarawak merasmikan Esplanade Simunjan di Pekan Simunjan.

Author

Pilihan Editor