HomeHiburanAizat Amdan bergelar suami Elyssa

Aizat Amdan bergelar suami Elyssa

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Aizat Amdan selamat bergelar suami kepada pengurusnya, Elyssa Alia Illias dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A Park, Puchong, Selangor pagi ini.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Elyssa iaitu Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dan disaksikan jurunikah Idrus Mohd Shahlan.

Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Elyssa, 34, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada majlis itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pengantin perempuan.

Pasangan ini turut diraikan dalam majlis kenduri di lokasi sama.

Sementara itu, Aizat atau Muhammad Aizat Amdan, 33, turut menganggap perkahwinannya dengan Elyssa sebagai permulaan baharu dalam hidupnya sebagai seorang lelaki.

Dia dan Elyssa merancang untuk berbulan madu di Tulum, Mexico kerana destinasi tersebut adalah impian mereka berdua.

Pasangan itu mula berkenalan sejak tiga tahun lalu dan mereka membuat keputusan untuk berkahwin atas persetujuan bersama awal tahun lalu.

Author

Pilihan Editor