HomeSukanAlif harap kekal rentak positif di perlumbaan akan datang

Alif harap kekal rentak positif di perlumbaan akan datang

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

PELUMBA pasukan IDEMITSU HONDA YAM RACING, Md Alif Izwan Md Samsul Fakry telah menampilkan prestasi yang lebih baik di pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, musim ke-29 bagi kategori Wira KBS.

Pelumba jentera jenis Honda ini yang kini berada di kedudukan ke-17 secara keseluruhan kelihatan telah bergelut untuk lima pusingan pertama kejuaraan ini.

Namun begitu, pusingan keenam yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang telah memberikan pelumba ini suatu harapan baharu apabila dia berjaya di tangga keempat.

“Bagi musim ini, perlumbaan-perlumbaan sebelum ini sememangnya tidak baik bagi saya. Pada perlumbaan pertama, saya menghadapi masalah teknikal di lap pertama.

“Saya tidak dapat menamatkan perlumbaan. Di perlumbaan kedua pula, saya jatuh dan mengalami kecederaan di pergelangan tangan yang menyebabkan saya tidak dapat berlumba untuk pusingan ketiga dan keempat.

“Perlumbaan kelima di Dataran Jempol adalah perlumbaan pertama saya selepas kecederaan tetapi saya masih tidak pulih sepenuhnya walaupun saya yakin,” katanya bertekad berikan aksi yang terbaik dalam perlumbaan yang akan datang.

Author

Pilihan Editor