OLEH: FATTAH RAZZAQ
KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri kembali dengan strategi lamanya apabila menangis sambil memohon maaf selepas beberapa hari menerima kecaman hebar netizen akibat memuat naik video tarian ghairah bersama penyanyi Baby Shima.
Menerusi sebuah video yang telah dipadam, Aliff turut mengakui mempunyai masalah mental tahap dua.
Menurut bapa kepada lima anak itu, sehingga ke hari ini, dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa tentang masalahnya itu.
Berita berkaitan: Aliff Syukri mahu jual IG dengan harga RM500,000
Aliff turut memberitahu dia bakal mengundurkan diri daripada media sosial.
“Bye bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.
“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” ucapnya.
Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ di sisinya.
Sebelum itu, namanya panas di bibir peminat kerana meletakkan elemen LGBT dalam lagu rayanya baru-baru ini.