HomeHiburanCinta Noor Nabila, Engku Emran sudah berkubur?

Cinta Noor Nabila, Engku Emran sudah berkubur?

KUALA LUMPUR: Tiada pokok akan bergoyang jika tiada anginnya, tetapi jika angin yang datang meribut jauh dari Indonesia pastinya bukan sekadar goyang.

Gosip status perkahwinan usahawan selebriti, Noor Nabila dan Engku Emran yang sudah berakhir bertebaran luas di negara jiran Indonesia, tetapi anehnya, tidak di Malaysia.

Khabar itu tercetus selepas akaun Instagram (IG) kakak pengacara popular, Neelofa itu, memadam semua foto bersama pasangannya, di media sosial berkenaan sehingga menimbulkan kesangsian netizen.

Selepas memadam gambar berkaitan, Noor Nabila, 37, hanya memapar foto bersama anak tunggal kesayangannya, Jebat Jayden.

Lebih menguatkan spekulasi kegoyahan rumahtangga mereka apabila Pengarah Urusan NH Prima International itu, berkongsi beberapa petikan kata-kata tentang hubungan dan perasaannya sebagai seorang isteri, yang dimuat naik di IG Storiesnya.

Ironinya, gambar sesiapa sahaja yang dimuat naik di akaun Instagram seseorang terutama wanita yang juga seorang ibu dan isteri, pasti mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri.

Bagaimanapun, apabila ia mula dipadam, hanya mempamer gambar anak sahaja, dikatakan ia luahan sepi bahawa tanda cinta sudah tiada terhadap pasangan.

Sebuah portal hiburan popular di negara seberang, TribunJatim.com melaporkan, pasangan tersebut dikhabarkan sudah bercerai dan menyifatkan Engku Emran yang merupakan seorang usahawan bukan orang atau lelaki sembarangan.

Artikel berkenaan dimuat naik dalam sebuah video TikTok akaun, Indonesia Today bersama keratan laporan yang dilaporkan media lain di negara yang cukup terkenal dengan kelantangan pengamal medianya.

“Sebenarnya, dia (Engku Emran) cari yang bagaimana sih?,” coret seseorang pada satu tangkap layar laporan berita dakwaan mengesahkan perceraian Noor Nabila dan Engku Emran.

Sementara itu, sebuah portal di sana, Harian Haluan menulis tajuk berita berbunyi, ‘Duh, Mantan Suami Laudya Cynthia Bella Cerai Lagi’ sepertinya sudah rasmi bahawa pasangan tersebut sudah membawa haluan masing-masing.

Engku Emran adalah perkahwinan kedua Noor Nabila selepas pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan Jebat.

Noor Nabila adalah isteri ketiga Engku Emran selepas pernah mendirikan rumah tangga bersama dua selebriti jelita, Laudya Cynthia Bella dan Erra Fazira.

Nama Engku Emran mula dikenali di Indonesia selepas perkahwinannya bersama Laudya Cynthia Bella.

Author

Pilihan Editor