HomeSukanDr Johan 'naik angin' persembahan buruk Selangor FC

Dr Johan ‘naik angin’ persembahan buruk Selangor FC

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

SERBA tak kena skuad Selangor FC musim ini sehingga mendapat teguran dan peringatan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Semalam, dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor tewas lagi, kali ini kepada PJ City.

Kekalahan ini mencetuskan perasaan amarah penyokong tegar Red Giants yang berada dalam stadium termasuk menyanyikan lagu berunsur cemuhan dan makian terhadap Johan.

“Keputusan beberapa perlawanan terakhir ini tidak boleh diterima. Ini bukan tahap Selangor FC yang sepatutnya.

“Kelab menuntut lebih banyak daripada pasukan dan mereka tiada alasan untuk gagal di atas padang,” katanya dalam kenyataan Selangor FC sejurus selepas perlawanan.

Bekas juara liga 2009 dan 2010 itu kini terperosok di tangga kesembilan dan hanya mengutip 16 mata selepas tampil beraksi 15 perlawanan.

Author

Pilihan Editor