HomeBeritaEmilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami - Polis

Emilia Hanafi menangis ketakutan, lebam dipukul suami – Polis

KUALA LUMPUR: Seorang polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa beliau melihat Emilia Hanafi menangis ketakutan, menunjukkan kesan lebam di tangan didakwanya dipukul suami.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

Pemandu kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Sarjan Saleh Omar Osman itu berkata, selepas laporan diterima dia dan seorang lagi rakan setugas telah pergi ke kediaman no. 2 Serene Kiara, Sri Hartamas pada 22 November 2015 jam 4.40 petang.

Emilia Hanafi bersama wakil Persatuan Pengguna Islam dan barisan peguamnya

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

“Saya nampak tangan dan muka mangsa (Emilia) lebam-lebam kerana dipukul.

“Mangsa kelihatan ketakutan, menangis dan mengadu bahawa suaminya (sambil menunjukkan kepada lelaki tersebut) telah memukulnya. Lelaki itu hanya berdiam diri.

“Kemudian saya terus meminta mangsa pergi ke Balai Polis Sri Hartamas untuk membuat laporan polis tetapi mangsa mengatakan bahawa dia takut.

“Kami terus mengiringi mangsa yang masuk ke dalam kereta perempuan awal tadi ke Balai Polis Sri Hartamas. Semasa di pejabat pertanyaan (enkuiri), saya telah dimaklumkan mangsa bahawa suaminya adalah SM Faisal,” katanya ketika membaca penyataan bertulis di hadapan Majistret Nadia Othman, hari ini.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

SM Faisal selaku orang kena tuduh (OKT) diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, manakala dua peguam pemerhati iaitu Nazri Yahya dan Amer Ashrhaf hadir bagi pihak Emilia.

Mengikut pertuduhan, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia yang juga isterinya ketika itu, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 27 Jun lalu, Emilia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengenai tarikh lawatan tiga anaknya dan wanita itu dibebaskan dari penjara pada 1 Julai lalu.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

SM Faisal SM Nasimuddin hadir ke perbicaraan hari ini

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin meminta Saleh membuat pengecaman wajah Emilia Hanafi sebagai mangsa dan SM Faisal SM Nasimuddin sebagai suspek.

Tambah keterangan Saleh, tiba di kawasan sekuriti berpagar di perumahan Serene Kiara, dia tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan di situ.

“Saya memandu dan berada di belakang kereta tersebut. Kereta tersebut telah membunyikan hon supaya pengawal keselamatan di situ membuka palang besi tersebut tetapi tidak diendahkan sehingga rakan setugas membunyikan siren dan menggunakan alat pembesar suara di dalam kereta dan meminta untuk membenarkan kami masuk kerana terdapat kecemasan.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

“Namun begitu, pengawal keselamatan masih tidak membuka palang besi tersebut dan kereta yang berada di hadapan saya, melanggar palang besi tersebut dan saya telah memandu mengikut kereta tersebut.

“Kereta itu telah berhenti di hadapan rumah no.2 itu. Saya telah memberhentikan kereta peronda di hadapan kereta tersebut.

“Saya dan rakan setugas telah turun dari kereta peronda dan berdiri di tepi pagar rumah tersebut. Saya nampak seorang perempuan keluar dari kereta tersebut dan menyatakan kakaknya (Emilia) di dalam rumah tersebut.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

“Kemudian pintu pagar rumah tersebut terbuka dan saya nampak seorang lelaki (SM Faisal) yang berdiri di kawasan parkir kereta dalam rumah tersebut. Lelaki tersebut telah membenarkan kami masuk.

“Rakan setugas saya telah bertanya kepada lelaki tersebut “ada apa-apa masalah ke cik?” dan lelaki tersebut menjawab “tiada apa-apa”,” katanya.

Perbicaraan ditangguh ke hari esok.

Berita berkaitan: Jutawan SM Faisal tuntut harta sepencarian daripada Emilia

Author

Pilihan Editor