HomeHiburanFBI hadir temu duga Tauliah Mengajar JAIS

FBI hadir temu duga Tauliah Mengajar JAIS

OLEH: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rizal Ramli memuat naik hantaran gambarnya bersama pengacara terkenal dan bekas penyampai radio Faizal Ismail atau FBI yang menghadiri sesi temu duga Tauliah Mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Ketika menyemak senarai nama temu duga tauliah, tertera nama Mohd Faizal Bin Ismail. Adakah penama ini bekas penyampai radio yang dikenali sebagai FBI? Maka benarlah apa yang difikirkan.

“Hari ini (kelmarin) beliau hadir untuk sesi temu duga bagi permohonan Tauliah Mengajar,” tulisnya.

Faizal, 46, hadir bagi menjalani sesi temu duga Tauliah Mengajar di Bahagian Pengurusan Dakwah, JAIS.

Temu duga itu adalah peringkat kedua selepas lulus ujian penilaian peringkat pertama secara berkomputer.

Sejak tahun lalu, Faizal melakukan penghijrahan apabila dia lebih mendekati masyarakat melalui program berlandaskan konsep Islam selepas dia berjinak-jinak dengan kumpulan tabligh.

Dia pernah menolak tawaran mengendalikan sebuah program hiburan, biarpun ketika itu dia tidak pasti apakah ada peluang atau ‘job’ lain untuk dijadikan mata pencarian.

Faizal juga pernah ditawarkan sebidang tanah miliknya di Kuala Selangor untuk menguruskan pondok pengajian agama seperti yang diimpikannya

Author

Pilihan Editor