HomeHiburanGara-gara viral, penyanyi Rusia buat lirik Melayu

Gara-gara viral, penyanyi Rusia buat lirik Melayu

SEBELUM ini seorang penyanyi dari Rusia, Amirchik tular dengan lagunya, kini kembali hangat diperkatakan netizen berikutan lirik Bahasa Melayu yang digunakan dalam video muziknya.

Walaupun rakyat kita tidak faham liriknya dalam bahasa Rusia, tetapi ia menjadi sebutan dan fenomena di Malaysia disebabkan sebutannya kedengaran mirip seperti Bodoh Mayat, Miskin Aku, dan Tinggi Mayat.

Sambutan hangat di Malaysia sampai ke pengetahuan Amirchik dan sebagai menghargai peminat Malaysia, dia menukarkan lirik bahasa Rusia ke sebutan Bahasa Melayu walaupun berbeza makna.

Menerusi video tersebut, kelihatan penyanyi itu baharu saja mengeluarkan muzik video rasminya beberapa hari lalu.

Walaupun ia bukanlah bahasa Melayu yang betul, tetapi usahanya untuk meletakkan lirik yang seakan dengan bunyinya itu ternyata mendapat pujian netizen walaupun ia sangat lucu.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen Malaysia memberikan pujian buatnya kerana menghargai peminatnya di Malaysia.

Sehingga kini, muzik video itu telah meraih 322,000 tontonan, 18,000 ‘likes’ dan 1,900 komen di YouTube.

Author

Pilihan Editor