AMPANG: Peguam Rakyat, Tan Sri Prof Dr (Munsyi) Muslim Yacob memberitahu tanah kurniaan Sultan tidak boleh dipindah milik walau apa jua cara sekalipun.
Katanya, ia mengikut undang-undang tanah, terutama tanah-tanah yang memiliki enakmen negeri masing-masing.
Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Exsim beli tanah Yap Kwan Seng secara sah
“Ini prerogatif mana-mana raja, Raja Melayu atau Sultan, di mana-mana negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, tanah dikurniakan oleh Sultan seperti Reserve Land, tanah-tanah yang direservekan, sama ada rizab Melayu.
“Tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak, tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa negeri.
“Tanah itu tidak boleh dijual beli sewenang-wenangnya tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa negeri,” katanya ketika ditemu bual MEDIA VARIASI.
Beliau diminta mengulas laporan MEDIA VARIASI berhubung kegiatan ‘toyol’ tanah Jalan Yap Kwan Seng kurniaan Sultan yang dipindah milik walaupun ada surat perakuan daripada pihak Istana.
Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Exsim beli tanah Yap Kwan Seng secara sah
Lebih mengejutkan, tiga penama tanah dipindah milik dalam sehari selain dokumen perakuan status tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) iaitu dokumen AA 1/62 diragui kesahihannya.
Dalam pada itu, Muslim memberitahu, tiga faktor mesti diambil berat oleh pemilik tanah
ataupun pejabat tanah mahupun penggadai tanah kepada bank atau mana-mana pihak lain, atau pihak pemaju sebelum ambil sesuatu tanah untuk dibuat projek pembangunan dan sebagainya.
Katanya, ia perlu diambil perhatian sebelum mendapat kebenaran tentang ‘title’ atau hak milik tanah daripada pihak berkuasa negeri sama ada daripada Sultan negeri itu sendiri ataupun kerajaan negeri itu.
Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Exsim beli tanah Yap Kwan Seng secara sah
“Faktor pertama, undang-undang sudah jelas bahawa tanah yang dianugerah oleh pihak berkuasa negeri terutama sultan atau raja-raja Melayu tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah kerana itu adalah hak baginda.
“Keduanya, dengan nyata, tanah itu tidak boleh dijual beli atau dipindah milik melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri.
“Kalau melanggar syarat itu, maka mereka melakukan kesalahan undang-undang yang boleh didakwa bawah Kanun Tanah Negara atau mana-mana undang-undang tanah berkaitan di pihak negeri masing-masing,” katanya.
Beliau turut berpandangan, isu pemilikan tanah inu sudah berlaku berpuluh tahun bahkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Exsim beli tanah Yap Kwan Seng secara sah
Katanya, apabila Inggeris mentadbir negara ketika itu, mereka menggunakan kepakaran dan kemahiran dalam bidang undang-undang tanah selaras di England dan Wales.
“Selepas mereka pulang ke negara asal, mereka tinggalkan semua hierarki di sini.
“Maka, pegawai tanah kita di sini… cuma saya tidak begitu faham sama ada mereka cukup pengalaman yang diajar oleh British ketika itu atau sengaja buat peraturan, undang-undang bertentangan dengan prinsip asas pemilikan atau propertyship,” katanya.