HomeBeritaJika Daddy jadi orang biasa, Daddy tak boleh bantu berjuta orang -...

Jika Daddy jadi orang biasa, Daddy tak boleh bantu berjuta orang – Yana Najib

KUALA LUMPUR: Nooryana Najwa Najib, satu ketika dahulu pernah terdetik untuk bertanya kepada bapanya, Datuk Seri Najib Razak mengapa memilih untuk menjadi pemimpin negara.

Nooryana menyuarakan persoalannya kerana mungkin aneh melihat bapa orang lain juga bekerja keras tetapi bapa sendiri yang mesra dipanggil Daddy itu sentiasa sibuk dengan tugasannya tidak kira siang dan malam.

“Saya pernah bertanya, mengapa Daddy tak ada kerja biasa seperti ayah orang lain. Doktor ke, akauntan ke.

“Dengan tenang Daddy menjawab, kalau ada kerja biasa seperti orang lain, Daddy hanya boleh bantu beberapa orang sahaja tapi sebagai seorang ahli politik, Daddy boleh jutaan rakyat Malaysia.

“Itulah Daddy saya. Najib Razak, yang telah berkorban segalanya kepada negara selama 46 tahun, setiap waktu memikirkan bantu, bekerja untuk rakyat,” katanya.

Nooryana buat kali pertama menyampaikan ucapan pada program Taklimat Khas Presiden UMNO, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), di sini.

Ucapan beliau bagi mewakili rakyat yang memberi solidariti kepada Najib.

Nooryana turut membawa bersama sehelai tali leher berwarna biru, yang jug tali leher terakhir dipakai Najib sebagai memori terakhir, sebelum ke Penjara Kajang.

Malah, Nooryana mengambil kesempatan untuk membaca warkah tulisan Najib dalam penjara.

Pada program sama, anak sulung Najib, Datuk Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan turut menyampaikan ucapan, selain peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Majlis taklimat itu dihadiri semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor.

Author

Pilihan Editor