HomeBeritaMB Selangor buat 'wayang', kata nak bincang tapi roboh juga?

MB Selangor buat ‘wayang’, kata nak bincang tapi roboh juga?

SHAH ALAM: Sekumpulan pengusaha di Selayang kecewa apabila bengkel mereka di Sungai Tua dirobohkan selepas dimaklumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk berbincang terlebih dahulu.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai Malaysia (Nambikkai), Datuk Kalai Vanar berkata, notis perobohan itu sudah diserahkan tiga bulan lalu, pelbagai usaha dilakukan surat rayuan dan lain-lain tidak diendahkan

Beliau berkata, pada malam 1 Ogos lalu, Amirudin menjawab WhatsApp mengatakan akan ambil tindakan segera iaitu menghalang daripada tindakan perobohan.

“Namun pada 2 Ogos lalu, 14 bengkel yang diusahakan secara sah, ada lesen perniagaan sah di Sungai Tua tetapi bekalan elektrik dan air dipotong.

“Selepas kami adukan kejadian ini kepada Menteri Besar pada hari sama, beliau membalas hantaran, bahawa akan mendapatkan tapak baharu dan akan berjumpa dengan mereka (pengusaha).

“Sehingga kini, tiada sesiapa yang tampil walaupun wakil Menteri Besar untuk berjumpa dengan pengusaha.

“Dalam negara ini Bangladesh, Nepal tiada lesen namun dibenarkan cari rezeki, kami rakyat cuba cari rezeki halal pula dihalau,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili pengusaha berkenaan ketika berkumpul di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, di sini.

Satu memorandum diserahkan kepada wakil SUK.

Untuk rekod, pengusaha bengkel berkenaan mendapat tempat niaga itu ketika era Barisan Nasional.

Seorang wakil pengusaha Vincent Paul memberitahu Majlis Perbandaran Selayang menyediakan satu lokasi untuk berpindah tetapi ia tidak sesuai.

“MPS minta kami pindah ke gerai majlis namun ia tidak sesuai kerana bersebelahan jual makan.

“Tidak sesuai kerana kami sembur cat, bunyi enjin dan mesin.

“Kami rakyat Malaysia bukan warga asing mencari rezeki untuk keluarga kenapa dianaktirikan sedemikian rupa.

“Sehubungan itu, kami amat berharap agar MB menerima cadangan kami untuk berpindah ke tempat yang sesuai bukannya menganggu peniaga-peniaga makanan yang lain,” katanya.

Author

Pilihan Editor