KUALA LUMPUR: Puluhan pengamal media daripada media cetak, elektronik dan dalam talian sedang menunggu keputusan mesyuarat tergempar dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Ibu Pejabat parti di sini yang bermula jam 11 pagi.
Menurut mesej yang didakwa dihantar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, pertemuan khas tersebut adalah berkenaan hala tuju parti dan juga untuk menarik sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Difahamkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Berita lanjut menyusulÂ