HomeNiagaUsahawanNajib Asaddok terpaksa ambil tindakan agresif

Najib Asaddok terpaksa ambil tindakan agresif

KUALA LUMPUR: Najib Asaddok tidak boleh berdiam diri lagi selepas menerima banyak aduan peniaga berhubung status perniagaan masing-masing yang semakin tenat.

Jurulatih pemasaran dalam talian terkenal itu berkata, beliau banyak menerima mesej melalui emel dan media sosial yang meluahkan rasa risau dan gelisah mengenai keadaan mereka.

Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok berasa bersalah kerana tidak dapat membantu ramai peniaga lain yang tertekan akibat keadaan ekonomi tidak menentu.

Katanya, ramai peniaga tak dapat dibantu dengan keadaan ekonomi tidak menentu, harga barang naik, untung makin nipis dan perniagaan tenat.

“Ramai yang mengadu pelanggan dah kurang dan susah nak tarik pelanggan baru. Kos barang naik dan untung makin nipis. Saya fikir, saya perlu buat sesuatu dan tak boleh duduk diam,” katanya.

Susulan daripada itu, Najib bertindak agresif menganjurkan program usahawan secara percuma, Mega Momentum Bisnes 2022 (MMB 2022).

Ia dihadiri 1,000 orang yang dianjurkan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Pada program sama, Najib menerusi syarikatnya, Momentum Internet membina platform E-Learning khas iaitu Momentum Roket bagi membantu peniaga untuk belajar dan membuat rujukan strategi serta teknikal pemasaran dalam talian pada bila-bila masa.

Menerusi program itu, Najib berkata, peserta didedahkan strategi terkini berkaitan pemasaran dalam talian dengan mudah.

“Peserta fokus bagaimana mereka boleh menggunakan platform media sosial terutamanya untuk menarik perhatian pelanggan dan tingkatkan jualan walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau juga meluahkan kebimbangan selepas dimaklumkan ada yang tidak dapat hadir sesi ini atas faktor kesihatan, urusan keluarga dan kerja hujung minggu.

“Keadaan ini buat saya terfikir untuk buat sesuatu supaya dapat sampaikan juga strategi dan teknik pemasaran dalam talian kepada peniaga yang sangat memerlukan,” katanya.

Oleh itu, Najib berkata Momentum Roket diwujudkan bagi memudahkan peniaga untuk mempelajari teknik dan strategi pemasaran terkini selain ia boleh diakses di mana-mana sahaja selama 24 jam sehari.

“Video-video terbaharu juga dimuat naik setiap bulan untuk terus bantu peniaga dapat info dan strategi terkini.

“Peniaga juga tidak lagi perlu menunggu hari program atau kelas untuk belajar strategi dan teknikal. Tidak perlu risau sibuk atau tidak sempat, sebab semuanya bergantung pada peniaga untuk akses bila-bila saja. Terdapat juga komuniti untuk bertanya soalan dan pendapat,” katanya.

Lanjut mengenai Momentum Roket, ia dilengkapi dengan sistem webinar, yang memberi akses peniaga sertai kelas secara dalam talian di dalam platform tersebut.

Author

Pilihan Editor