HomeBeritaNajib ulangi sumpah laknat, pertahan diri tak bersalah

Najib ulangi sumpah laknat, pertahan diri tak bersalah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi lafaz sumpah laknat kali ke empat sejak tahun 2019 sebagai menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Berita berkaitan: Najib tiba di mahkamah dengar rayuan akhir kes seleweng RM42 juta dana SRC

Negara menyaksikan tiga kerajaan bertukar dengan tiga Perdana Menteri dalam tiga tahun sejak tahun 2020, pelbagai musibah melanda termasuk pandemik, kematian, PKP, hilang kerja dan kesan ekonomi yang dahsyat.

Bekas Perdana Menteri keenam negara itu tenang ketika melafazkan sumpah itu diiringi hujan renyai membasahi bumi Masjid Kampong Bharu malam tadi dengan ribuan jemaah mendengarnya.

Berikut adalah teks sumpah yang dilafazkan:

“Aku Mohd Najib bin Abdul Razak setelah berusaha dan berjuang sebaik mungkin untuk mendapatkan keadilan ke atas aku di dunia ini dengan itu aku melafazkan ucapan mubahallah ini.”

Berita berkaitan: Najib tiba di mahkamah dengar rayuan akhir kes seleweng RM42 juta dana SRC

“Wallahi Wabilahi Wattawallahi. Sejak aku diberi amanah memimpin negara Malaysia dan sehingga saat ini, pertama aku tidak pernah mengetahui secara khusus pada bila-bila masa dana RM42 juta itu datang daripada syarikat SRC secara langsung atau tidak langsung.

“Kedua, aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju tubuhkan mana-mana syarikat SRC untuk tujuan merangkumi apa-apa dana SRC bagi kegunaan peribadi aku dan keluarga aku.

“Ketiga, aku tidak pernah mengarahkan mana-mana pengarah untuk menyelewengkan apa-apa dana SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan pun.

“Keempat, aku tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet bagi pinjaman KWAP sebanyak RM4 bilion kepada syarikat SRC untuk aku mendapat RM42 juta sebagai habuan.

Berita berkaitan: Najib tiba di mahkamah dengar rayuan akhir kes seleweng RM42 juta dana SRC

“Jika aku berdusta di atas sumpahan ini, Ya Allah laknatlahMu ke atas diriku, sebaliknya jika ia fitnah yang dirancang oleh musuh politikku maka Ya Allah, aku bermohon sesungguhnya kepadamu agar laknatilah mereka serta yang bersubahat dan bersekongkol dengan mereka, Ya Allah hanya kepadaMu aku bergantung dan berserah diri,” lafaznya.

Terdahulu, Najib menyatakan tujuannya membuat sumpah laknat bagi membersihkan namanya, keluarganya serta arwah kedua ibu bapanya.

Berita berkaitan: Najib tiba di mahkamah dengar rayuan akhir kes seleweng RM42 juta dana SRC

Selain itu, beliau tidak reda rakyat Malaysia berterusan menerima fitnah tentang dirinya.

Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas perdana menteri itu.

Jumaat lalu peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa beliau juga tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Berita berkaitan: Najib tiba di mahkamah dengar rayuan akhir kes seleweng RM42 juta dana SRC

Author

Pilihan Editor