HomeMV+EksklusifPemilik salun Danny habis RM130,000 'baiki' hidung

Pemilik salun Danny habis RM130,000 ‘baiki’ hidung

KUALA LUMPUR: Pemilik salun dikenali Danny meluahkan dia berhabisan RM130,000 keseluruhan termasuk kos ulang alik untuk memperbetulkan hidungnya yang rosak dipercayai akibat klinik kecantikan tidak berlesen.

Terdahulu, kisah Danny pernah tular selepas membuat sidang media keadaan hidungnya rosak akibat pembedahan oleh pihak yang tidak bertauliah atau memiliki lesen LCP khusus untuk pembedahan.

Berita berkaitan: ‘Menyalak’ tetapi tiada duit untuk saman, Anju perli Danny

Dia sebelum ini mempercayai dua doktor yang mengendalikan klinik itu memiliki lesen kerana melihat artis seperti Anjoulie atau Anju dan Safiey Ilyas menggunakan khidmatnya.

Kisah Danny kembali tular apabila Anju menohmah Danny menerusi live di Instagram dengan dakwaan menggunakan duit bapa saudaranya untuk ‘baiki’ hidung.

Tidak berdiam diri, Danny kemudian melancarkan ‘perang’ mulut di media sosial, kedua-duanya saling berbalas perang sehingga ke hari ini.

Berbalik kepada kes hidung rosak, Danny menceritakan pengalaman selepas pendedahannya tahun lalu.

Berita berkaitan: ‘Menyalak’ tetapi tiada duit untuk saman, Anju perli Danny

“Saya mengalami depresi dan malu berjumpa dengan orang ramai selama setahun setengah dan terpaksa menerima rawatan mental dan makan ubat kerana hampir menjadi gila kerana kecacatan hidung yang teruk.

“Sehingga saya tiada semangat hidup kerana malu dan perniagaan juga juga jatuh teruk sebab saya tidak boleh berhadapan dengan sesiapa.

“Semua pakar di Malaysia enggan terima kes saya sehingga akhirnya saya ke Bangkok, Thailand dan mendapat rawatan di Hospital Yahee. Sebelumnya lima hospital tolak kerana kes saya terlalu teruk.

“Kos pembedahan menelan belanja RM130,000 untuk keseluruhan termasuk ulang alik, kos penempatan selama dua minggu di Thailand, kos rawatan kulit dan sebagainya bagi mendapatkan kembali hidung saya yang asal,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Danny telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan klinik berkenaan di Balai Polis Kepong baru-baru ini.

Berita berkaitan: ‘Menyalak’ tetapi tiada duit untuk saman, Anju perli Danny

Tambah Danny, kebanyakan pakar di Malaysia enggan terima kesnya sehingga akhirnya dia terpaksa ke Bangkok, Thailand dan mendapat rawatan di Hospital Yahee.

“Sebelum itu lima hospital di Bangkok menolak kerana kes saya terlalu teruk.

“Kos pembedahan menelan belanja RM130,000 untuk perbaiki semua yang rosak kembali normal,” katanya.

Danny turut mendedahkan bukti hasil siasatannya di FB Danny Rich Salon yang menunjukkan dua doktor dipercayai mengendalikan klinik berkenaan tidak memiliki lesen LCP untuk melakukan pembedahan.

Baru-baru ini, Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor, Datuk Dr Gavin Voon Shih Chin mendedahkan, kebanyakan orang tidak tahu bahawa pakar kecantikan bukan sahaja kurang latihan formal, tidak mempunyai lesen LCP malah menjalankan prosedur menyalahi undang-undang.
Lebih mengejutkan, katanya hanya 301 doktor perubatan estetik sahaja memiliki lesen LCP. Tetapi ribuan lagi pakar kecantikan yang terdapat di luar sana tidak memiliki LCP.

Author

Pilihan Editor