HomeBeritaPengkid buat umrah pakai ihram, guna visa pelancong

Pengkid buat umrah pakai ihram, guna visa pelancong

KUALA LUMPUR: Sebelum ini banyak pihak yang bersuara apabila membabitkan usahawan kontroversi, Muhammad Sajad atau dikenali Nur Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian telekung wanita.

Kini, tular pula seorang pengkid (wanita berperwatakan seperti lelaki) yang menunaikan umrah dengan berpakaian ihram (pakaian yang dipakai lelaki ketika menunaikan haji dan umrah).

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Twitter, Aliya Mansor memberitahu bahawa bekas ‘teman lelaki’nya itu telah pergi mengerjakan umrah dengan memakai pakaian ihram.

Pengguna Twitter, Aliya mendedahkan bekas ‘teman lelakinya’ terlepas menunaikan umrah dengan berpakaian ihram

Terdahulu, Aliya pernah tular selepas pendedahannya ditipu seorang pengkid yang mengaku dirinya sebagai lelaki tulen.

Menerusi perkongsian Aliya, perbuatan wanita itu terbongkar apabila ada followersnya di Instagram memaklumkan bahawa teman lelakinya itu sebenarnya seorang perempuan walaupun wanita itu menafikannya sambil mengatakan dia seorang doktor yang menetap di Arab Saudi.

Aliya mendakwa yang wanita berkenaan telah mengerjakan umrah dengan menggunakan visa pelancong dan memasuki Arab Saudi melalui Riyadh.

Dalam pada itu, Presiden Srikandi Malaysia, Datuk Norashikin Abd Ghani berkata, walaupun mengikut mazhab di Arab Saudi tidak batal wuduk apabila bersentuh lelaki perempuan walaupun bukan mahram ketika tawaf tetapi isu berkenaan sensitif di kalangan umat Islam negara ini.

“Sudah beberapa kes berlaku, saya tidak faham bagaimana ejen umrah dan haji boleh bawa golongan transgender menunaikan ibadah di sana.

“Saya juga tidak faham bagaimana pihak berkuasa agama di Arab Saudi tidak teliti isu-isu seperti ini, saya tidak tahu apa tindakan mereka terhadap isu transgender menunaikan ibadah.

“Jika ada kesalahan ejen yang melepaskan golongan ini ke Tanah Suci elok ditarik semula lesen mereka,” katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Agama dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebelum ini menulis di Twitternya memberitahu tidak batal wuduk jika sentuh tanpa syahwat pada ketika sesak semasa tawaf, sebagaimana pandangan mazhab Syafie.

Author

Pilihan Editor