HomeBeritaRakyat Indonesia datang berubat di Sarawak bukan masalah

Rakyat Indonesia datang berubat di Sarawak bukan masalah

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Warga Indonesia mendapatkan rawatan perubatan di negeri ini bukan masalah bagi Sarawak, tegas Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mengakui situasi sedemikian memperlihatkan ekonomi negara jiran itu ke arah positif berhubung rakyatnya telah keluar mendapatkan rawatan di luar Republik berkenaan.

Malahan kata beliau kehadiran warga asing ke sini walaupun untuk tujuan perubatan telah menyumbang kepada aktiviti pelancongan kesihatan termasuklah menikmati produk pelancongan yang ada di Sarawak.

“Saya berharap perkara ini tidak menjadi beban atau isu besar buat mereka (Indonesia),” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Indonesia Joko Widodo baru-baru ini mengenai rakyatnya yang mendapat rawatan di luar negara seolah tidak yakin terhadap kredibiliti institusi kesihatan negara sendiri.

Mengandaikan mereka ini hadir merupakan warga Indonesia yang mendiami sekitar sempadan atau Kalimantan Barat ujar Abdul Karim kerana jarak yang dekat.

“Keadaan ini menperlihatkan banyak hospital telah dibangunkan di Kuching terutamanya hospital swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian dan “flag-off” acara motorsikal berkonvoi anjuran bersama PEMADAM Sarawak dan Sarawak Teachers Bikers Club di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), di Jalan Diplomatik Kuching, Sarawak semalam.

Malahan bukan sahaja di Sarawak beliau mengulas lanjut, negara Singapura turut menjadi lokasi pilihan warga Indonesia menerima rawatan perubatan.

Menurut Abdul Karim lagi kenyataan Jokowi turut kira-kira 1,000 rakyatnya menerima rawatan di Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya Kuching Sarawak sejak sempadan dibuka.

Oleh demkian kata beliau situasi ini sebenarnya tanpa disedari memberi pulangan untuk sektor pelancongan Sarawak ujar sambil mendedahkan mendedahkan sebelum COVID-19 iaitu tahun 2019, seramai 41,000 daripada 47,000 pelancong kesihatan direkodkan di Sarawak adalah rakyat Indonesia.

Author

Pilihan Editor