HomeBeritaRakyat mata, telinga kerajaan lawan pemerdagangan manusia

Rakyat mata, telinga kerajaan lawan pemerdagangan manusia

KUALA LUMPUR: Masyarakat diseru untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam membantu menentang kegiatan jenayah pemerdagangan manusia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama, semua negara meletakkan keselamatan nombor satu dan paling utama.
“Jangan fikir berapa elaun dapat (jika lapor kepada pihak berkuasa aktiviti penyeludupan ) tetapi kita lakukan ini untuk kebaikan.
“Orang luar boleh datang sebagai pelabur, pelawat dan sebagainya, ini semua akan bantu ekonomi negara untuk memastikan kepercayaan orang luar, itulah elaun untuk kita,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Persidangan Penerbangan Menentang Pemerdagangan Manusia dan Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan  SHUT di Akademi MAB, Kelana Jaya, di sini.
Hamzah hadir menyaksikan majlis tandatangan itu yang turut diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.

Dalam pada itu, katanya, Menteri Pengangkutan sudah beri komitmen, selepas ini usaha banteras pemerdagangan ini contohnya bas, teksi, Grab dan ini semua akan dilakukan dengan kementerian.
“Kami jemput kementerian lain, Kementerian Sumber Manusia, MITI, dan kementerian yang banyak membabitkan pekerja luar, asing.
“Kita hendak pastikan tanggungjawab itu terhadap majikan, pekerja dan seluruh,” katanya.

Author

Pilihan Editor