HomeBeritaRakyat tercari-cari wajah Sultanah Kelantan

Rakyat tercari-cari wajah Sultanah Kelantan

KUALA LUMPUR: Rata-rata netizen tercari-cari wajah Sultanah Kelantan selepas pengisytiharan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenaan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Bagaimanapun wajahnya belum dipaparkan di media utama yang menyebabkan namanya paling popular dalam carian Google hari ini.

Tangkap layar netizen tertanya-tanya wajah Sultanah Kelantan

Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa hari ini.

Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Sultan dan Yang dipertuan bagi negeri Kelantan sudah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.

Sultan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan kehadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.

 

Author

Pilihan Editor