HomeMV+EksklusifRibut politik tidak jejas jualan peruncitan - MYDIN

Ribut politik tidak jejas jualan peruncitan – MYDIN

KUALA LUMPUR: Ribut politik ketika ini, tidak menjejaskan ekonomi negara khususnya jualan peruncitan.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin mengesahkan perkara itu ketika diminta mengulas isu kegawatan politik yang boleh beri kesan kepada ekonomi.

Meskipun wujud banyak polemik dalam politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tidak lama lagi, beliau berpendirian sektor ekonomi masih berlangsung dengan baik.

“Keadaan politik yang tidak menentu, tahap keyakinan kepada badan kehakiman bagaimanapun isu itu tidak menjejaskan pelaburan asing.

“Ketika ini ia tidak beri kesan kepada jualan barangan asas,” katanya ketika dihubungi MEDIA VARIASI.

Ketika ditanya mengenai kenaikan harga roti yang mendadak dipercayai sejurus isu ketegangan politik baru-baru ini, Ameer berkata, harga tepung di seluruh dunia naik menyebabkan Malaysia yang juga pengimport bekalan tepung gandum turut terkesan.

“Harga tepung seluruh dunia memang dah naik mendadak, di Malaysia pun dah naik sebanyak 50 peratus. Jadi, patutnya harga roti pun naik.

“Bagaimanapun, apa yang kita harap, apabila harga tepung dunia turun, di Malaysia pun turut turun, dan harga roti pun turun.

“Jangan pula, harga tepung turun, harga roti tak turun,” katanya.

sumber foto : Facebook Ameer Ali Mydin

Author

Pilihan Editor