Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
TANPA membuang masa, Erik ten Hag segera memburu pemain yang memenangi Liga Juara-Juara lima kali, Casemiro dari Real Madrid.
Rundingan perpindahan pemain tengah asal Brazil itu berjalan lancar dan dikatakan menelan belanja £60 juta.
Erik ten Hag mengalihkan perhatiannya Casemiro kerana kecewa dengan kegagalan merekrut tonggak Barcelona, Frenkie de Jong.
The Red Devils juga menarik diri mendapatkan khidmat pemain Juventus, Adrien Rabiot pada hujung ini gara-gara tuntutan peribadi pemain asal Perancis itu.
Casemiro dikatakan berminat berpindah ke United setelah melihat Real Madrid membawa masuk Aurelien Tchouameni pada musim panas ini.