Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI
KEJUJURAN Sadio Mane mencerminkan sikap dirinya sebagai Muslim yang taat kepada perintah agama.
Ia boleh dilihat semasa perlawanan Bayern Munich menentang Bochum pada Ahad lepas. Mane menjaringkan gol tetapi kemudian meminta pengadil membatalkan jaringan kerana bola sudah terkena tangan Mane sebelum menerjah ke gawang.
Menurut laporan dari Mirror, ketika Bayern sudah mendahului 3-0, Mane menghasilkan gol setelah bola tandukan Coman mengenai tiang dan memantul terkena badan Mane lalu masuk ke gawang.
Mane yang dalam posisi terjatuh terus menunjuk tangannya sambil melirik ke arah pengadil dan tersenyum. Mane seolah memberi isyarat bola memang mengenai tangannya.
Pengadil melihat ulang tayang di VAR sebelum membatalkannya selepas didapati ‘handsball’.
Aksi Sadio Mane mendapat pujian dari para peminat bola sepak dan dinilai miliki nilai-nilai murni dan kejujuran.
Dalam tiga penampilan di Bundesliga, Mane sudah meledak tiga gol.