HomeMV+EksklusifStudio Kembara bakal hasil sekuel Mat Kilau dan perjuangan srikandi

Studio Kembara bakal hasil sekuel Mat Kilau dan perjuangan srikandi

GOMBAK: Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali merancang untuk menghasilkan filem sekuel Mat Kilau 2 dan kisah perjuangan srikandi.

Beliau berkata, perkara itu masih tidak boleh didedahkan lanjut.

“Srikandi di Tanah Melayu berkenaan ada kaitan dengan Mat Kilau, itu sahaja saya boleh beritahu,” katanya.

Beliau berkata demikian, kepada MEDIA VARIASI di program Hari Peradaban Bangsa Melayu (HPBM) bertemakan ‘Kesatuan Melayu, Keunggulan Peradaban’ di Padang KLFA, Taman Melati, di sini, Ahad lalu.

Beliau ketika ditanya berapa banyak kutipan tiket panggung wayang Mat Kilau, katanya sudah mencapai RM95 juta.

“Tempoh tayangan ditambah lagi dua minggu, GSC beri tawaran beli dua tiket dapat satu percuma,” katanya.

Studio Kembara sedang dalam proses pencarian bakat sutradara atau lebih dikenali sebagai pengarah yang berpotensi menghasilkan filem berbentuk semangat jati diri seperti Mat Kilau.

Mereka sedang dalam proses mencari bakat untuk digarap supaya lebih banyak filem yang bagus dapat dihasilkan.

Pilihan Editor