HomeMV+BongkarToyol guna PA palsu rampas tanah

Toyol guna PA palsu rampas tanah

AMPANG: Tanah kurniaan Sultan atau pihak berkuasa negeri dipindahmilik secara penipuan menggunakan Surat Wakil Kuasa (Power of Attorney).

Perkara ini didedahkan oleh Hakim Mahkamah Timbang Tara, Tan Sri Munshi Muslim Yaacob mengikut pengalamannya mengendalikan kes penipuan pindah milik tanah.

Berita berkaitan: Kini baru faham nilai tanah yang dilesapkan ‘toyol’

“Toyol-toyol tanah ini juga berani untuk menipu dengan merampas tanah orang secara psikologi.

“Mereka memujuk rayu, membuat PA atau Power of Attorney secara palsu dengan niat untuk merampas tanah hak milik orang lain.

“PA ini memainkan peranan begitu kuat, dan perbuatannya sangatlah kejam sehinggakan banyak orang Melayu menjadi mangsa kehilangan tanah.

“Toyol-toyol ini kejar mengejar untuk mendapatkan projek daripada hasil tanah dan mereka buat apa yang terdaya walaupun berlaku penipuan, melanggar undang-undang mahupun memperdayakan seseorang,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Kini baru faham nilai tanah yang dilesapkan ‘toyol’

Beliau diminta mengulas laporan MEDIA VARIASI berhubung kegiatan ‘toyol’ tanah Jalan Yap Kwan Seng kurniaan Sultan yang dipindah milik walaupun ada surat perakuan daripada pihak Istana.

Lebih mengejutkan, tiga penama tanah dipindah milik dalam sehari selain dokumen perakuan status tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) iaitu dokumen AA 1/62 diragui kesahihannya.

Dalam pada itu, Munshi Muslim berkata banyak orang zaman sekarang, walaupun tanah milik Melayu, telah ditipu daya oleh pihak tertentu.

Berita berkaitan: Kini baru faham nilai tanah yang dilesapkan ‘toyol’

“Bukan sahaja orang ambil peluang ini, tetapi orang Melayu sendiri menipu dan mengaburi mangsa-mangsa daripada orang Melayu yang mempunyai pemilikan tanah berkenaan.

“PA ini bertentangan dengan prinsip asas pemilikan atau propertyship.

“Perkara begini jika di England, kita ada undang-undang pengasingan tiap-tiap satu perkara.

“Macam tanah ada undang-undang, kita panggil Kanun Tanah Negara yang mencakupi seluruh undang-undang yang ada di negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, ada setengah negeri masih kekal undang-undang harta untuk negeri mereka.

Berita berkaitan: Kini baru faham nilai tanah yang dilesapkan ‘toyol’

“Dalam hal ini saya pandang, negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka termasuk Singapura mereka ada undang-undang Selat berkaitan hak milik tanah yang tidak dipertikai atau disangkal.

“Manakala dalam hal-hal berkaitan negeri lain, mereka memiliki negeri sendiri,” katanya.

Author

Pilihan Editor