HomeNiagaVida jadi pilihan Only You peraga emas

Vida jadi pilihan Only You peraga emas

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida dipilih sebagai wajah selebriti bagi memperagakan barang kemas jenama tempatan ‘Only You’ keluaran milik Foo Bao.

Pengasas jenama itu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Foo Bao Sdn. Bhd, Foo Chai Luen berkata, pihaknya memilih Vida bagi meningkatkan populariti penjenamaan barang kemas memandangkan figura itu seorang individu yang unik dan terkenal di negara ini.

Malah menurut beliau, Vida juga sinonim dalam memperagakan barang perhiasan berharga itu dengan cara pemasaran yang kreatif di media sosial sebelum ini.

“Kami percaya barang kemas yang dicipta dengan reka bentuk inovatif membuatkan kami terkenal dengan jolokan nama penghantaran koleksi barang kemas luar biasa.

“Koleksi kami menjadi tarikan awam dan ia terbukti apabila dalam tempoh sehari pameran hari ini kami sudah jual barang kemas hampir dua kilogram (kg).

“Malah, sasaran jualan kami bagi tempoh tiga hari pameran adalah 10kg barang kemas dengan nilai keseluruhan mencecah RM2 juta,” katanya.

Majlis perasmian barang kemas ‘Only You’ oleh Vida berlangsung semalam pada Pameran Singnature Emas dan Barang Kemas di Pusat Konvensyen Setia Spice di Pulau Pinang.

Sempena majlis itu, pengasas produk kesihatan dan kosmetik, Vida Beauty itu menggayakan barang kemas berharga RM1 juta.

Mengulas lanjut, Chai Luen memberitahu pihaknya menyasarkan jualan RM 2 bilion menerusi pengenalan rangkaian produk Only U.

Tambahnya, sasaran jualan bagi pameran itu adalah sebanyak RM2.5 juta di mana jualan RM500,000 berjaya dicatatkan semalam.

Sementara itu, Vida meluahkan rasa teruja selepas dipilih dirinya dipilih sebagai wajah untuk menggayakan barang kemas jenama Only You.

Jelasnya, penggunaan barang perhiasan diri juga menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat kini yang turut menjadi simbol prestij, kekayaan dan kuasa.

“Trend sekarang memang orang suka beli dan pakai barang kemas jadi bagi saya tak rugi jika kita beli barang perhiasan ini kerana ia merupakan salah satu konsep pelaburan untuk masa depan.

“Kita kena ingat harga emas ini tak pernah turun dan ia menjadi aset kerana bagi peminat barang kemas mereka mesti akan sentiasa mencari keluaran terbaru untuk koleksi mereka,” katanya.

Author

Pilihan Editor