HomeBeritaADUN Tanjung Batu, Bersetia Bersahabat harap Zahid bebas

ADUN Tanjung Batu, Bersetia Bersahabat harap Zahid bebas

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy dan Kelab Bersetia Bersahabat Negeri Sabah berharap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang akan diketahui hari ini.

Adun Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy

Andi berkata, sebagai tanda sokongan beliau hadir ke mahkamah hari ini.

“Semoga keadilan dilaksanakan sebaik mungkin, saya harap beliau bebas,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Kelab Bersetia Bersahabat Negeri Sabah, Suhaimi Atal berkata, melihat fakta kes nampak ada sinar harapan untuk Ahmad Zahid.

“Saya ikuti rapat perkembangan kes Datuk Seri dan kerana itu saya berharap beliau dilepaskan.

“Peribadi dirinya yang tenang dan sabar menjalani segala cabaran politik termasuk pertuduhan di mahkamah bukti beliau seorang pemimpin yang baik.

“Saya dari Kunak Sabah hadir hari ini dan berdoa agar keadilan berpihak sewajarnya,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Ketua Penerangan Bersetia Negeri Sabah, Suhaimi

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada jam 9 pagi.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Ahmad Zahid, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri manakala jika sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.

Tambah Suhaimi, kepimpinan Ahmad Zahid disenangi rakyat Sabah, banyak pembangunan dan kebajikan rakyat dijaga ketika era beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pilihan Editor