HomeSukanAlan Shearer sindir gol masa kecederaan Fabio Carvalho di Twitter

Alan Shearer sindir gol masa kecederaan Fabio Carvalho di Twitter

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

SELEPAS melihat beberapa pemain Newcastle United yang kelihatan membuang masa atas padang sepanjang perlawanan dengan Liverpool, peminat The Reds mungkin boleh dimaafkan atas ‘kekurangan’ semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh lawan mereka.

Namun begitu, mengulas mengenai perkara itu selepas perlawanan, bekas kapten Newcastle Alan Shearer melalui Twitter menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap kegagalan Andre Marriner yang sepatutnya meniup wisel dalam had lima minit masa tambahan.

“Lima minit masa kecederaan dan gol pada minit ke-98,” kata Shearer.

Kekalahan 2-1 kepada The Reds meranapkan rekod bersih The Magpies tanpa tewas selepas empat perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Newcastle selepas ini akan melayan kunjungan Crystal Palace di St. James’ Park pada Sabtu.

Author

Pilihan Editor