PENGGODAM menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Moscow selepas mengeksploitasi aplikasi e-hailing Rusia, Yandex Taxi, untuk memanggil berpuluh-puluh teksi ke lokasi yang sama pada masa yang sama lapor Vice. Insiden itu berlaku pada 1 September dan lalu lintas menghala ke Kutuzovsky Prospect — jalan raya yang memang sudah sibuk — terus terhenti.
Video yang menunjukkan barisan teksi yang cuba pergi ke destinasi yang sama telah dikongsi secara meluas di Twitter dan Reddit pada Khamis. Walaupun Moscow terkenal dengan trafiknya yang padat – ia menduduki tempat nombor dua sebagai bandar paling sesak di dunia di dunia tahun lepas – kejadian itu tidak berkaitan dengan corak trafik biasa ibu kota itu.
Someone hacked #YandexTaxi and ordered all available taxis to Kutuzov Prospect in Moscow
Now there is a huge traffic jam with taxis.
It‘s like James Bond movie. pic.twitter.com/IatuAEtA2i
— Russian Market (@runews) September 1, 2022
“Pada pagi 1 September, Yandex.Taxi menemui percubaan oleh penyerang untuk mengganggu perkhidmatan – beberapa dozen pemandu menerima pesanan pukal ke wilayah Fili,” kata jurucakap Yandex, Polina Pestova dalam satu kenyataan kepada The Verge.
Perkhidmatan e-hailing, yang dimiliki oleh gergasi internet Rusia, Yandex, menambah bahawa kesesakan itu berlangsung kurang dari sejam, dan bahawa “algoritma untuk mengesan dan mencegah serangan sedemikian telah dipertingkatkan untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.”
Yandex masih belum mengesahkan siapa yang melakukan serangan itu, tetapi kumpulan hacktivist Anonymous, mengaku bertanggungjawab untuk kesesakan itu di Twitter. Ia mengatakan ia bekerjasama dengan Tentera IT Ukraine, kumpulan penggodam yang tersusun secara longgar yang dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov ketika Rusia mula-mula menyerang Ukraine.
Anonymous mengisytiharkan “perang siber” terhadap Rusia awal tahun ini, dan kemudian mendakwa ia merampas saluran TV Rusia dengan rakaman perang yang dianggap “haram” di negara itu. Sejak itu, penggodam telah membocorkan banyak data dan e-mel milik agensi kerajaan dan syarikat besar negara itu dalam jumlah terabyte sebagai sebahagian daripada kempen siber yang berterusan terhadap Rusia.