HomeNiagaAplikasi mudahkan spa, salun dapat pelanggan

Aplikasi mudahkan spa, salun dapat pelanggan

KUALA LUMPUR: Keluhan biasa peniaga adalah bagaimana hendak dapat pelanggan, di mana hendak cari pelanggan.

Revolusi teknologi hari ini menyediakan solusi tersebut, peniaga tidak perlu bimbang lagi tentang pelanggan kerana aplikasi Headdos dibangunkan khusus untuk menyelesaikan masalah ini.

Menerusi aplikasi ini, orang ramai boleh memilih spa mengikuti lokaliti, pakej harga, jenis perkhidmatan dan lain-lain.

Pengasas JF Akademi, Rasidah Salimon atau lebih sinonim dengan panggilan Mami Sheeda berkata, aplikasi Headdos.net ini mengambil masa lebih setahun untuk dibangunkan.

“Kini ia telah berfungsi sebagai platform untuk memudahkan spa, salun, tukang gunting rambut dan jurusolek atau dikenali Malaysia Top Make Up Artist (MUA) untuk menguruskan data pelanggan.

“Selain itu ia membuat tempahan secara maya dan memudahkan pengguna untuk mengiklankan perkhidmatan mereka di media sosial.

“Dengan mendaftar masuk secara percuma dalam aplikasi ini, mereka akan dapat pelanggan dengan lebih mudah.

“Pelanggan biasanya akan mencari perkhidmatan yang terdekat sama ada rumah, tempat kerja, tempat riadah atau bersantai bersama kawan-kawan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau berkata demikian pada program Kursus Keusahawanan MPUKP Gombak anjuran PPPKM Gombak yang dihadiri kira-kira 40 ahli persatuan di Bangunan SME Corp, Platinum Sentral, di Kuala Lumpur Sentral, di sini.

Turut hadir, Eksekutif Kanan SME Corp, Zulkarnean Zainol Abidin, Setiausaha Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen (MPUKP) Gombak, Rashiddin Ahmad dan Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan (PPPKM) Gombak Selangor, Fatimah Hamid.

Tambah Mami Sheeda, antara tawaran aplikasi adalah mudah dapat pelanggan dengan ‘sifar’ kos iklan, perkhidmatan servis yang sangat murah tetapi paling penting mudah dapat pelanggan baharu.

“Selain itu, dapat pendapatan tambahan secara pasif melalui mempromosikan aplikasi ini,” katanya.

Beliau yang sudah berkecimpung selama 14 tahun sudah melahirkan 10,000 usahawan Mobile Spa di Malaysia dan Indonesia.

Menerusi kepakarannya, ramai wanita, ibu tunggal, golongan B40 yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Author

Pilihan Editor