HomeMV+EksklusifBagaimana kuota Melayu bertukar status?

Bagaimana kuota Melayu bertukar status?

KUALA LUMPUR: Di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Undang-undang Lot Kuota Bumiputera diperkenalkan dengan tujuan meningkatkan peratus penguasaan Bumiputera dalam pemilikan hartanah ke sekurang-kurangnya 30 peratus.

Bermula tahun 1971, pemaju diperlukan memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus dari keseluruhan unit (kediaman ataupun komersial) kepada Bumiputera Di kawasan Kuala Lumpur.

Namun ketika ini pertukaran status pemilikan rumah untuk kuota Bumiputera boleh ditukar dengan pemaju menunjukkan tindakan serius mempromosikan unit-unit kuota Bumiputera dengan pertimbangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), adakah mencukupi.

Gambar hiasan: Propertyguru.com

Pengarah Urusan MMC juga selaku penganjur BPEX Pameran Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia 2022, Datuk Nor’ashikin Taib berkata, penukaran status dari Bumiputera kepada bukan Bumiputera berlaku setelah pemaju perumahan memaklumkan aktiviti promosi sudah dibuat namun tiada sambutan dari pembeli Bumiputera.

“Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Lembaga Hartanah Selangor perlu semak betul-betul dan pemaju perlu tunjuk bukti segala usaha promosi yang sudah dilakukan.

“Penilaian adakah promosi hartanah berkenaan sudah cukup atau tidak hanya boleh ditentukan PBT.

“Jadi PBT perlu bertegas dalam hal ini kerana masih ada suara-suara mengatakan mereka tidak tahu pun ada promosi hartanah, dan sokongan dari pehak Berkuasa Tempatan kepada usaha-usaha meningkatkan pemilikkan hartanah.

“Di kalangan Bumiputera harus ditingkatkan dan sama-sama berganding bahu menuju sasaran agar Dapat dipertingkatkan penjualan dan promosi unit-unit kuota Bumi katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambah Nor’ashikin , kerajaan sewajarnya beri insentif tertentu seperti ‘stem duti percuma’ kepada sesiapa yang beli unit, ini cara hendak bantu Melayu dan Kempen Pemilikan Hartanah Bumiputera harus diujudkan dan diperuntukkan bajet untuknya dan menandakan kerajaan serius dalam membantu orang Melayu dalam pemilikan hartanah.

“Waktu ini tumpuan hanya kepada Pemilikan Rumah Pertama sahaja, sebab kuota Bumiputera bukan hanya untuk Pemilikan Rumah Pertama sahaja.

“Menurut undang-undang Malaysia, pihak berkuasa negeri diberi kuasa sepenuhnya terhadap isu tanah, maka peraturan Diskaun Bumiputera tertakluk sepenuhnya ke atas kerajaan negeri; yang mana minimum diskaun lima peratus harus diberi kepada Bumiputera.

“Dan dengan ekonomi yang baru hendak pulih peruntukan peratus diskaun wajar ditingkatkan dan kerajaan boleh melihat duti import untuk bahan-bahan binaan diberikan insentif supaya harga rumah dapat dikawal dengan baik.

“Peraturan pelepasan kuota Bumiputera adalah berbeza di antara sesuatu negeri,” katanya.

Nor’asyikin baru-baru ini melancarkan Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia yang akan diadakan pada 1 dan 2 Oktober di Pusat Pameran MidValley bermula dari 11 pagi hingga 9 malam.

Pameran itu bakal mengetengahkan 5,000 unit rumah dari Selangor dan 3,000 unit rumah dari Kuala Lumpur daripada projek yang sudah siap atau yang sedang dibangunkan.

Author

Pilihan Editor