KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Caprice mula menunjukkan taringnya dengan memboikot produk kereta dan restoran pihak yang menyamannya.
Berita berkaitan: Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan
Menerusi akaun Instagram miliknya, Capricedaddycap, dia menawarkan sebuah kereta miliknya pada hari Jumaat jam 3 petang kepada pengikut bertuah.
“Sebelum ini saya ada hubungan baik dengan salah seorang adik beradik pemilik syarikat kereta itu, dan sebagai tanda sokongan saya memperoleh sebuah kereta jenama mereka.
“Namun setelah berlaku kes seperti ini, saya sudah tiada hilang sokongan terhadap kereta jenama anda dan kepada pengikut saya, tunggu jam 3 petang hari Jumaat ini untuk mendapatkan kereta ini secara percuma.”
“Saya juga berhenti makan di restoran milik keluarga itu,” katanya menerusi klip video rakaman di Instagramnya.
Berita berkaitan: Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan
Terdahulu, Caprice berkata tidak akan melayan permintaan pihak tertentu untuk memadam video lama yang didakwa mengaitkan seorang ahli perniagaan kes bekas isterinya, Emilia Hanafi.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli juga tidak akan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf.
Menerusi Instagram, dalam satu hantaran yang dimuatnaiknya, tidak akan berhenti berjuang mempertahankan mangsa yang memerlukan pertolongan.
Berita berkaitan: Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan
“We will not be stopped or silenced. Caprice diminta untuk padam video ni dan minta maaf.. hrmm salah orang boss,” tulisnya menerusi hantaran.
Rata-rata netizen memberi sokongan terhadap tindakannya enggan tunduk dengan kehendak golongan berkuasa dan kaya.
Pemilik akaun IG rasidahrasidah menulis, “I respect you Caprice lawan habis habisan dia ingat dia Tuhan.”
Pemilik akaun IG mummy4d1d menulis, “menggelabah je tak habis2 nak saman orang sebab duit.”
Berita berkaitan: Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan
Terdahulu Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.
SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Seksyen di sini, menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, SM Faisal mendakwa pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.
Berita berkaitan: Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan
Dakwa plaintif, insiden tersebut diuar-uarkan dan dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dengan berniat jahat (mala fide), melalui media massa atau elektronik secara meluas tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif atau Mahkamah Syariah, berhubung kedudukan sebenar kes membabitkan plaintif dan bekas isterinya di Mahkamah Syariah.
SM Faisal mendakwa sehari selepas itu (28 Jun), defendan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah, di Instagram defendan.
Berita berkaitan: Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan
“Hantaran memfitnah itu mendapat publisiti meluas kerana defendan mempunyai lebih kurang 1.5 juta pengikut di Instagramnya dan hantaran tersebut dilihat atau disukai kira-kira 14,500 orang,” dakwa plaintif.
SM Faisal mendakwa hantaran fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.
Menurut plaintif, tindakan defendan itu menyebabkan beliau tertekan dari segi emosi selain dicemuh dalam kalangan masyarakat umum.
Berita berkaitan: Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan
Dakwa ahli perniagaan itu, satu surat tuntutan bertarikh 7 Julai lalu dihantar bagi memohon supaya defendan menarik balik hantaran itu selain memohon maaf kepada plaintif, namun defendan gagal memenuhi tuntutan tersebut.
Turut dipohon perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu, selain memohon perintah untuk menghalang defendan atau wakilnya daripada mengganggu dan mengugut plaintif serta ahli keluarganya, sama ada secara lisan atau melalui media sosial.
Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi punitif, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan kos.
Berita berkaitan: Caprice tak tunduk disaman, netizen beri sokongan
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili SM Faisal ketika dihubungi pemberita hari ini, mengesahkan pemfailan saman fitnah itu dan memaklumkan 14 Okt ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Idah Ismail.