HomeMV+EksklusifEmilia dedah Penjara Kajang hanya beri tiga kole air sahaja sehari

Emilia dedah Penjara Kajang hanya beri tiga kole air sahaja sehari

KUALA LUMPUR : Dakwaan sesetengah pihak bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat layanan istimewa di Penjara Kajang adalah tidak tepat.

Jabatan Penjara turut menafikan kenyataan itu malah memberitahu Najib diberi layanan sama seperti banduan lain.

Maksudnya sama dengan apa dilalui bekas isteri jutawan SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Emilia Hanafi.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – Doa Emilia di penjara

Emilia mendedahkan pengalamannya ketika dipenjarakan pada 27 Jun lalu di bawah kesalahan Syariah kerana menukar ganti tarikh lawatan anak dan bekas suaminya.

“Di Penjara Kajang, setiap banduan baru masuk hanya terima tiga kole air minuman sehari, kole ini sebesar gelas teh tarik biasa.

“Kopi O cair dan tawar seperti tiada gula langsung yang diberi waktu pagi sahaja, bersama roti kosong.

“Hanya tiga koleh sehari, jika mahu tambah kena minum cepat-cepat dan terus keluarkan kole menerusi sel. Ada banduan yang mudah jatuh sakit, bibir kering menggelupas kerana kurang air.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – Doa Emilia di penjara

“Saya tidak dapat berus gigi kerana tiada stok, sabun buku dipotong amat kecil, kitab Quran dinafikan ketika saya berada di pusat transit di Maktab Kajang,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambahnya, banduan yang sudah lama menetap lebih bernasib baik kerana mereka boleh beli bekas air, sabun, berus gigi, makanan, minuman peket 3 dalam 1 dan lain-lain daripada Koperasi Penjara (Kopen).

“Memang berbeza banduan lama kerana mereka sudah ada kelengkapan sendiri jadi dengan bekas air mereka boleh ambil air tambahan.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – Doa Emilia di penjara

“Jika ada penghuni yang membuat salah seperti buka baju kerana terlalu keadaan panas, semua penghuni akan dihukum contoh tiada pemberian air lebih atau makan lambat sikit beri.

“Keadaan terlalu panas kerana tiada kipas angin seperti berada dalam rumah yang tiada elektrik.

“Tingkap pun tidak boleh buka luas kerana ada dawai berduri di tingkap,” katanya.

Berita berkaitan: Jika ini harga keadilan, saya terima – Doa Emilia di penjara

Author

Pilihan Editor