HomeBeritaFOC prihatin kebajikan rakyat termasuk Sabah, Sarawak

FOC prihatin kebajikan rakyat termasuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: Family Of Charity (FOC) memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak dalam misi jelajah kasih keluarga Malaysia.

Pengasas Rumah Amal Family Of Charity, Datin Shariffah Al-Attas berkata, rakyat di Sabah dan Sarawak masih terkesan teruk tidak seperti di Semenanjung yang banyak badan kebajikan bantu.

“Kita lihat di Sabah, Sarawak masih ramai tercicir dari segi isu pekerjaan, pendidikan, kemudahan, dokumentasi untuk isu tanpa kewarganegaraan dan lain-lain.

“Kita cuba dapatkan data pesakit Kanser, Leukimia dan lain-lain untuk dibantu. Terbaru, FOC membantu seorang warga emas yang melecur 80 peratus seluruh tubuh badannya.

“Antara bentuk sumbangan adalah solar, bank makanan perpustakaan mini dan surau di Malaysia Timur itu.

“FOC akan terbang ke Sabah pada awal tahun depan untuk meneruskan usaha membantu rakyat memerlukan di sana.

“Dalam masa sama kita sedang menggalakkan lebih ramai individu dan korporat untuk terbabit dalam usaha ini,” katanya pada sidang media Majlis Malam Amal sempena sambutan Hari Malaysia ke-59, dianjurkan bersama oleh
pihak Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Tengku Temenggong Perlis Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sudi mencemar duli hadir ke majlis.

Turut hadir, kira-kira 250 tetamu termasuk acara pada sebelah siang, Pengerusi Lembaga Penduduk dan LPPKN, Datuk Suhaimi Ghazali, Ketua Pengarah LPPKN Abdul Syukur Abdullah, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Malam Amal tema “Old Malaya” adalah bersempena peristiwa bersejarah, pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Malam amal tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, persembahan peragaan pakaian oleh pereka fesyen tersohor negara yang juga merupakan pemenang Piala Seri Endon 2004 ( Soft Furnishing Category), Ridzuan Bohari dengan tema ‘Cinta akan Perpaduan’.

Author

Pilihan Editor