HomeMV+EksklusifIsu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

Isu toyol tanah: Omar bawa isu ke Mahkamah Timbang Tara

AMPANG: Pewaris tanah kurniaan Sultan, di Jalan Yap Kwan Seng melanjutkan isu tuntutan pemilikan asal tanah berkenaan kepada Mahkamah Timbang Tara (MATE).

Tindakan itu dibuat setelah usaha Omar Mohammad Unni untuk mengadakan perbincangan pemaju tanah tersebut tidak dilayan.

Berita berkaitan: ‘Toyol’ tanah Yap Kwan Seng

“Saya dinasihatkan ke Mahkamah Timbang Tara, dan saya baru tahu kewujudan mahkamah ini.

“Apabila sampai di sini, saya diberitahu, saya diberitahu, saya perlu tegakkan keadilan. Saya yakin apa yang mahkamah beritahu, saya rasa saya di pihak benar,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Terdahulu, Omar mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Timbang Tara, Tan Sri Dr Munsyi Muslim Yacob bagi mendapatkan penyelesaian berkenaan isu tuntutan terbabit, di sini.

Omar turut berharap, dapat bertemu dan berbincang bersama pihak pemaju, Exsim Development Sdn Bhd (Exsim) dan anak syarikatnya, Suriamas Lumayan Sdn Bhd (Suriamas).

Berita berkaitan: ‘Toyol’ tanah Yap Kwan Seng

“Saya harap dapat jumpa Exsim, Suriamas, marilah kita bincang secara abang dan adik, saya cuma nak hak saya, selesai cara baik,” katanya.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan siri eksklusif berhubung kegiatan ‘toyol’ tanah Lot 189, Jalan Yap Kwan Seng kurniaan Sultan Selangor yang dipindah milik walaupun ada surat perakuan daripada pihak Istana.

Lebih mengejutkan, tiga penama tanah dipindah milik dalam sehari selain dokumen perakuan status tanah di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) iaitu dokumen AA 1/62 diragui kesahihannya.

Dokumen AA 1/62 adalah kelulusan permohonan yang juga boleh membuktikan status pemilik asal tanah.

Lebih menghairankan, dokumen berkenaan dipulangkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) setelah 12 tahun tuntutan oleh pewaris tanah Omar Muhammad Unni dikemukakan.

Exsim pula menegaskan tanah berkenaan dibeli secara sah sebelum dibangunkan Residensi Scarletz Suites.

Berita berkaitan: Isu toyol tanah: Exsim beli tanah Yap Kwan Seng secara sah

Menurut kenyataan dikeluarkan Exsim baru-baru ini, pihaknya membeli tanah berkenaan mengikut lunas undang-undang.

Malah, katanya, Mahkamah Tinggi Persekutuan juga telah menganugerahkan hak milik tanah itu kepada anak syarikat Exsim, Suriamas.

Bagaimanapun, ketika pihak MEDIA VARIASI bertanyakan mengenai Sijil Menduduki Sementara (CF) bangunan residensi terbabit, pihak Exsim tidak memberi sebarang komen.

Berita berkaitan: ‘Toyol’ tanah Yap Kwan Seng

Author

Pilihan Editor