HomeHiburanJangan tinggal solat anak-anak – Azhar Sulaiman

Jangan tinggal solat anak-anak – Azhar Sulaiman

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Azhar Sulaiman terpaksa melepaskan seketika anak kembarnya, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona yang menyambung pelajaran di United Kingdom.

Menerusi hantaran di Facebook, Azhar turut member pesanan agak kedua-dua anaknya itu tidak meninggalkan solat dan belajar bersungguh-sungguh.

“Have A Safe Flight To Leona & Ree. Study Smart & Jangan Tinggal Solat Ok…. Dunia Mami akan sunyi lepas ni…,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu posting yang lain pula, Azhar menyatakan tiga tahun bukanlah satu tempoh yang panjang dan mahu melihat anaknya itu berubah menjadi individu lebih baik.

“Saya tidak rasa sedih sangat, mungkin kerana mereka sudah mengembara ke seluruh negara sejak kecil dengan menyertai pelbagai program.

“Tempoh tiga tahun tidak lama dan cukup masa untuk Leona pulang dengan imej baharu. United Kingdom sejuk,” katanya.

Author

Pilihan Editor