HomeBeritaJika diganggu PBT, ditindas beritahu saya - IKHLAS

Jika diganggu PBT, ditindas beritahu saya – IKHLAS

SUNGAI BESI: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) di bawah Gerakan Tanah Air (GTA) mengalu-alukan aduan penjaja dan peniaga jika diganggu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk terus menghubunginya.

Datuk Ridzuan Abdullah bersama ahli GTA dan IKHLAS pada sidang media di sini hari ini.

Presiden IKHLAS, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, jika ada gangguan dari PBT seperti sita gerai, robohkan gerai, rampas barang niaga boleh terus adu pada NGO tersebut.

“Jika gagal dapat bantuan, pinjaman dari TEKUN, dari Amanah Ikhtiar atau dari bank beritahu kami.

“IKHLAS sudah 14 tahun berjuang bersama lebih 150,000 peniaga, penjaja.

“Kami sentiasa buka pintu untuk dengar apa masalah penjaja, peniaga adakah mereka ditindas, susah dapat permit, lesen atau susah dapat pinjaman,” katanya pada sidang media anjuran GTA dan IKHLAS di Ikan Bakar Dapur Perkom di sini.

Beliau mengedar borang kaji selidik demografi responden dan perniagaan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap penjaja, peniaga kecil, usahawan dan bakal usahawan.

Tambah Ridzuan, pihak IKHLAS merumuskan kaedah penawaran bantuan berkesan dan
terbaik berdasarkan merit.

“Terdapat 1.6 juta peniaga merangkumi semua kategori perniagaan di seluruh negara.

“IKHLAS terpaksa duduk di bawah GTA demi memperjuangkan nasib peniaga, penjaja, sudah cukuplah kita ditindas dianiaya setiap kali tukar kerajaan mangsa pertama adalah peniaga, penjaja.

“Seolah peluang niaga oleh kuasa politik, kita mahu ubah ini kita mahu beri kuasa pada usahawan, peniaga, penjaja,” katanya.

Author

Pilihan Editor