KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pengeluaran surat sokongan (LOS) kerajaan bagi mendapatkan pinjaman US$3 bilion untuk usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Aabar Investment BVI Co dilakukan secara tergesa-gesa.
Semasa menyifatkan pengeluaran LOS itu sebagai ‘yang pertama seumpamanya’ dan ‘dilakukan dengan amat pantas’, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, berkata berdasarkan pengalaman selama 25 tahun di kementerian tersebut, LOS berkenaan adalah yang pertama dikeluarkan kementerian tanpa kajian daya maju untuk aliran tunai projek.
“Kami perlu membuat kertas Kabinet pada hari yang sama, maklumat yang diberikan kepada kami tidak mencukupi dan kami perlu bekerja dengan apa sahaja maklumat terhad yang kami dapat.
“Tiada penilaian semasa mengenai pelaburan usaha sama itu, malah tiada, tiada apa-apa untuk kami melakukan kajian daya maju,” katanya semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Pinjaman US$3 bilion telah diluluskan oleh kerajaan melalui surat sokongan yang ditandatangani oleh Najib, yang merupakan Menteri Kewangan pada 2013.
Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata unjuran aliran tunai adalah antara bahagian terpenting dalam pengeluaran LOS bagi kementerian menilai sama ada sebarang pelaburan mampu menghasilkan pendapatan yang sesuai untuk membayar balik pinjaman.
Ketika ditanya Sri Ram mengapa beliau tidak menemui sendiri Najib untuk menyuarakan kebimbangannya mengenai isu-isu yang menyelubungi 1MDB, Siti Zauyah berkata beliau tidak mempunyai akses langsung kepada perdana menteri ketika itu.
“Namun, saya memang pernah berjumpa dengan Menteri Kewangan II (Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah) tetapi beliau tidak mahu terlibat. Saya tidak boleh memintas bos saya untuk pergi ke PM. Ia juga bukan amalan untuk pegawai pergi terus kepada PM,” katanya.
Semasa disoal mengenai keterangannya sebelum ini, Siti Zauyah berkata beliau diarahkan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah supaya meneruskan pemprosesan LOS itu walaupun berdepan kekurangan untuk proses biasa bagi menjalankan kajian daya maju.
Sri Ram: Apabila melakukan apa yang kamu lakukan berhubung LOS ini, adakah kamu boleh bertindak melanggar arahan Mohd Irwan? Bolehkah kamu menentang arahannya?
Siti Zauyah: Saya boleh nasihatkan beliau tetapi terpulang kepadanya untuk menerima atau tidak… tapi beliau ada memberitahu saya bahawa ini (pengeluaran LOS) mendesak kerana datang daripada PM. Saya terpaksa melakukannya.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini. – BERNAMA
It’s enormous that you are getting ideas from this article as well as from our dialogue made at this time.
Hello! I just wanted to ask if you ever have any trouble with hackers?
My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing many
months of hard work due to no data backup. Do you have any solutions to stop hackers?
I blog often and I truly appreciate your content.
This great article has really peaked my interest. I’m going to book mark
your blog and keep checking for new information about once a week.
I subscribed to your RSS feed as well.
Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account
it. Look advanced to far added agreeable from
you! However, how could we communicate?
Thank you ! You may contact us via email at editor@mediavariasi.com or you may call us at +603-8311 9755