HomeSukanLiverpool patut jual Salah, bukan Mane

Liverpool patut jual Salah, bukan Mane

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

SEPERTI diketahui, Liverpool menjual Sadio Mane ke kelab Jerman, Bayern Munich. Ada yang menilai itu keputusan yang silap keranan The Reds sepatutnya menjual Mohamed Salah.

Menjelang akhir musim lalu, masa depan Mane dan Salah di Liverpool penuh dengan spekulasi. Itu berkaitan dengan situasi kontrak kedua-dua pemain yang akan tamat pada tahun depan.

Kemuncaknya, Liverpool menjual Mane ke Bayern dengan transfer sekitar £ 27.4 juta. Beberapa hari kemudian, Liverpool mengumumkan melanjutkan kontrak Salah sehingga musim 2025.

Pada awal musim ini, Salah belum lagi mempamerkan prestasi cemerlangnya berbanding ketika akhir musim lalu. Walhal, dirinya amat diperlukan oleh Liverpool yang saat ini masih bergelut dan kini berada di kedudukan kelapan Liga Perdana Inggeris.

Sadio Mane pula juga belum menunjukkan kehebatan sebenar di Bayern. Tapi seorang penyampai Inggeris, Richard Keys menilai segalanya akan lebih baik jika pada musim panas lalu Salah yang dijual Liverpool, bukannya Mane.

“Saya tak boleh berpura-pura terkejut dengan penampilan Liverpool. Salah masih jauh (dari penampilan terbaik) dan itu akan menjadi kerisauan buat Klopp.

“Saya tahu mereka harus menjual Mane atau Salah karena kontrak keduanya akan habis, tapi pada ketika ini mereka nampaknya menjual pemain yang salah, walaupun Mane kelihatan masih sukar di Munich,” tulis Keys dalam blognya.

Author

Pilihan Editor