HomeMV+EksklusifMadrasah Darussolihin: JKM ambil tindakan jika beroperasi tak berdaftar

Madrasah Darussolihin: JKM ambil tindakan jika beroperasi tak berdaftar

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengambil tindakan terhadap Madrasah Darussolihin jika premis terbabit menjalankan operasi mengikut tatacara pusat kebajikan tanpa berdaftar.

Berita berkaitan: PEMBELA gesa operasi madrasah digantung sehingga siasatan selesai

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Shaharuddin Abu Sohot, berkata jika premis beroperasi di bawah nama madrasah, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab pihak berkuasa Islam negeri untuk menjalankan tindakan dan memantau aktiviti.

Malah katanya, ia juga menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika melibatkan aspek keselamatan penghuni premis.

Bagaimanapun, pihaknya akan menyemak semula premis berkenaan dengan Pengarah JKM Selangor.

Berita berkaitan: PEMBELA gesa operasi madrasah digantung sehingga siasatan selesai

“Madrasah di bawah bidang kuasa pihak jabatan agama (negeri), tapi kalau ia (premis) pusat jagaan, memang kita akan ambil tindakan.

“Kalau ia berkaitan dengan kebajikan, kita akan tengok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Malam Amal Old Malaya Night sempena Hari Malaysia 2022, di Re-U, Micasa Hotel, di sini malam tadi.

Tengku Temenggong Perlis Yang Amat Mulia Dato Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibn Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail; Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Suhaimi Ghazali; Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Syukur Abdullah; dan Pengasas Family of Charity (FOC), Datin Shariffah Al Attas.

Berita berkaitan: PEMBELA gesa operasi madrasah digantung sehingga siasatan selesai

Sementara itu, Shaharuddin berkata lebih 600 pusat jagaan tidak berdaftar beroperasi dalam negara dan pihaknya sedang menjalankan proses ‘pemutihan’, dengan maksud menjadikan pusat jagaan itu berdaftar dengan JKM, sejak 2019.

“Jika (pusat jagaan) tidak dapat mematuhi peraturan kita, kita akan ambil tindakan undang-undang untuk yang tidak berdaftar.”

“Sebelum ini, 1,000 pusat tidak berdaftar dikesan, dan kini 600 lebih dalam proses pemutihan,” katanya.

Berita berkaitan: PEMBELA gesa operasi madrasah digantung sehingga siasatan selesai

Katanya, tiga syarat utama yang perlu dipatuhi adalah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Kesihatan.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan pendedahan pelajar yang mendakwa didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Susulan itu, Madrasah Darussolihin, Jalan Kebun Shah Alam yang didakwa terbabit isu dera ala ‘militan’ mengesahkan mereka tidak berdaftar dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan walaupun memperkenalkan premis sebagai pusat pemulihan.

Berita berkaitan: PEMBELA gesa operasi madrasah digantung sehingga siasatan selesai

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunadi Mohamed mengesahkan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menjalankan siasatan dakwaan isu pelanggaran hak asasi manusia di madrasah berkaitan, bagi menjalankan fungsi statutorinya di bawah Seksyen 4 dan 12 Akta SUHAKAM 1999.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan kes madrasah yang didakwa dera pelajar ala militan telah dibawa kepada pihak polis.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

Berita berkaitan: PEMBELA gesa operasi madrasah digantung sehingga siasatan selesai

Author

Pilihan Editor